Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Angkat Sumpah Exco Johor...

JOHOR BAHRU : Majlis angkat sumpah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor...

3 Lelaki Geng Curi...

GEORGE TOWN - Tiga lelaki disyaki geng curi motosikal dan samun yang aktif...

Niezam Zaidi Didenda RM4,000...

KUALA KANGSAR : Pelakon Niezam Zaidi didenda RM4,000 atau penjara 10 bulan selepas...

Serangan Dua Pangkalan PBB...

BAMAKO (Mali) - Sekumpulan penyerang bersenjata menyerang dua pangkalan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu...

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat 101 Orang Petang Ini

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di daerah Kemaman meningkat kepada 101 orang daripada 24 keluarga setakat pukul 6 petang ini berbanding 63 orang daripada 17 keluarga pada tengah hari tadi.

Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan ketika dihubungi Bernama berkata seramai 56 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasik.

Menurutnya, 24 mangsa daripada lima keluarga pula ditempatkan di Balai Raya Kampung Padang Kemunting manakala 21 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Balai Raya Batu 9, Ibok.

Rosman berkata semua pihak termasuk agensi keselamatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat kini bersiap siaga untuk menghadapi banjir memandangkan hujan masih berterusan di daerah itu sejak malam semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori