Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harimau Malaysia: Tak Bolos...

ITU reaksi ketika menonton perlawanan persahabatan di tempat lawan menentang Singapura di Stadium Nasional...

Bekalan Air 40% Di...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 40 peratus kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di...

Nicol Hilang Ranking Pemain...

KUALA LUMPUR - Penguasaan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David sebagai pemain nombor...

Polis Marin Gagalkan Cubaan...

JOHOR BAHRU - Seorang tekong darat dan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Mangsa Banjir Meningkat 250 Orang Di Hulu Terengganu

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 250 orang daripada 63 keluarga tengah hari ini berbanding 212 orang daripada 54 keluarga pada awal pagi tadi.

Urusetia Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Left Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata dua pusat pemindahan baharu turut dibuka iaitu di Surau Kampung Hulu Lerek yang menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga.

“Satu lagi pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Surau Kampung Chenerong Leban, Durian Kassim yang menempatkan tujuh mangsa daripada tiga keluarga,” katanya kepada Bernama hari ini.

Che Adam yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu berkata satu pusat pemindahan yang dibuka awal pagi tadi di Balairaya Kampung Bukit Kolam turut mencatat sedikit peningkatan iaitu 25 orang daripada lapan keluarga.


“Pusat pemindahan di Surau Kampung Bukit Ara pula kekal dengan jumlah mangsa banjir tertinggi setakat pukul 12 tengah hari ini iaitu 170 mangsa daripada 35 keluarga.

“Dewan Sri Puteh di Kampung Tok Lawit turut kekal 32 orang daripada 13 keluarga,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori