Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

NPC: Kanser Paling Lazim...

KUALA LUMPUR - Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) sejenis kanser hidung yang paling lazim dihidapi...

Kerajaan Negeri Sembilan Akan...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji semula dasar perumahan negeri itu dalam...

UMNO Kutuk Rayer Cakap...

CELUPAR... Aksi biadab ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer ketika persidangan Dewan Rakyat semalam...

KKR Nafi Lebuh Raya...

KUCHING - Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini menyangkal dakwaan kononnya Lebuh Raya Pan...

Mardi Awet Labu Ditandatangani Raja Perlis

SERDANG – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) akan cuba mengawet buah labu ditandatangani Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ketika berangkat ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) hari ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sharif Haron berkata Tuanku Syed Sirajuddin menurunkan tandatangan baginda di atas sebiji labu ketika melawat Laman Sayur di MAHA 2016.

Selain Laman Sayur, baginda turut melawat Rumah Perlis dan Laman Padi, kata Sharif.

“Buah labu berkenaan akan diawetkan bagi menghargai kunjungan baginda ke MAHA 2016,” katanya ketika ditemui Bernama selepas Tuanku Syed Sirajuddin melawat Laman Padi pada MAHA 2016 di sini hari ini.


Dalam kunjungan itu, Tuanku Syed Sirajuddin diiringi Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

MAHA 2016 berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dari 1 hingga 11 Dis, dengan tema ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori