KECOH jadinya apabila baru-baru ini tersebarnya satu video di laman Youtube baru-baru ini mendakwa Malaysia menduduki carta nombor satu rakyat paling pemalas di dunia.
Tidak diketahui sumber statistik itu diambil, namun ia dipercayai dihasilkan oleh ‘mat saleh’ berdasarkan latar belakang video tersebut.
Menerusi video berdurasi 2.40 saat itu, Malaysia dikatakan mempunyai 61.4 peratus penduduk tidak aktif berikutan bilangan warga emas yang tidak melakukan senaman.
Sementara, negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di kedudukan kedua, manakala United Kingdom berada di tangga ketiga.
Pun begitu, setelah kami membuat pemeriksaan, carta yang dilakukan video tersebut sebenarnya adalah salah dan telah diterbalikkan daripada kajian majalah perubatan terkenal, The Lancet pada tahun 2012.
Berdasarkan penelitian The Lancet, Malaysia berada di tangga ke-10, manakala Malta merupakan negara paling malas iaitu 71.9 peratus.
Sementara, Swaziland, sebuah negara kecil di benua Afrika menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.
The Lancet menjalankan kajian global kepada 122 negara bagi melihat negara mana paling ramai mempunyai rakyat pemalas. – MYNEWSHUB.CC