Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Penang Mampu Susun...

BALIK PULAU - Seorang lelaki memiliki kemahiran luar biasa apabila mampu menyusun telur secara...

Operasi Tembak Gagak Di...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan operasi menembak burung...

Polis Akan Mohon Waran...

SHAH ALAM – Polis akan memohon waran tangkap ke atas Ketua UMNO Bahagian...

PRN Sarawak: DAP ‘Tikam’...

KUCHING - Tidak sampai 24 jam calon PKR, Voon Shiak Ni melancarkan maskot...

‘Matlamat Saya Satukan Dunia Dengan Humor Gaya Malaysia’

KUALA LUMPUR – “Bila saya memulakan kerjaya 26 tahun lalu, matlamat saya adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia menerusi komedi dan hari ini, saya dapat menyatukan dunia dengan humor gaya Malaysia,” kata Harith Iskander, yang baru saja terpilih sebagai orang paling lucu di dunia.

Harith, 50, yang muncul sebagai juara pertandingan Laugh Factory’s ‘Funniest Person in the World’ (LFFPITW) di Helsinki, Finland, pada Sabtu, memberitahu Bernama ketika dihubungi, beliau cukup teruja dan seronok meraih kejuaraan itu.

Raja komedi ini berkata beliau gembira dapat mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa, dan menambah, kini tiba masanya untuk beliau meletakkan komedi Malaysia di peta dunia.

“Saya amat bersyukur mempunyai peminat di serata Malaysia dan Asia Tenggara dan juga tempat-tempat lain seperti United Kingdom, Denmark dan Australia yang menyokong saya. Segalanya tidak mungkin tanpa peminat saya.

Harith Iskander Juara Funniest Person In The World 2016

“Akhbar juga memberikan saya sokongan penuh, jadi ini amat bernilai… handfon saya tidak berhenti berdering menerima ucapan tahniah,” kata beliau.

Dengan gelak ketawa, Harith mengatasi empat pesaing lain — Alex Calleja (Filipina) naib-johan, diikuti Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).

Harith membawa pulang US$100,000 (lebih RM400,000) dan lawatan dengan berkomedi di Amerika Syarikat, sementara Calleja meraih US$10,000 dan Vrana US$5,000.

Pelawak popular tanah air ini, yang juga seorang aktor dan hos televisyen, menyatakan setinggi terima kasihnya kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana membantu beliau untuk perjalanan ke negara Nordik itu.


“Mereka (kementerian) membiayai penerbangan dan penginapan saya, satu sokongan besar.

“Dengan bangga saya pakai kemeja Pelancongan Malaysia di pentas sebagai menunjukkan terima kasih saya” katanya berseloroh.

Pertandingan LFFPITW mengandungi tiga pusingan – pada Pusingan Pertama 89 pelawak dari 56 negara di seluruh dunia bertarung untuk merebut 20 tempat teratas di Pusingan Kedua (Separuh Akhir) sebelum lima pemenang bertuah bertarung di Pusingan Ketiga (Peringkat Akhir).

Seorang lagi pelawak dari Malaysia, Dr Jason Leong, turut bertanding, namun tersingkir pada Pusingan Pertama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori