Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Piala FA: Arsenal Layan...

LONDON - Penyandang juara Piala FA, Arsenal menempah pertembungan menarik menentang satu lagi...

YaPEIM Tiada Masalah Pengurusan,...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tidak mempunyai sebarang isu...

‘Kami Dirogol Bergilir-Gilir’ –...

DHAKA - Kisah dirogol beramai-ramai dialami Habiba dan adiknya hampir sama dengan pengalaman...

Spiderman Jual Nasi Lemak...

KEUNIKAN menggayakan kostum adiwira Spiderman menjadikan perniagaan jualan nasi lemak yang diusahakan Zawawi...

Mayat 2 Pelajar Nigeria Dalam Insiden Bot Karam Ditemukan

KUCHING – Mayat kedua-dua pelajar lelaki warganegara Nigeria yang dilaporkan hilang apabila bot yang mereka naiki karam di Tasik Taman Negara Loagan Bunut, Miri malam tadi sudahpun ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad mayat Amate Mohamed Amate, 26, ditemukan pasukan SAR pada jarak 50 meter dari lokasi bot karam pada 12.45 tengah hari tadi.

Mayat Emine-Imoh Daniel, 23, pula ditemukan 30 meter dari lokasi kejadian pada 5.15 petang.

Katanya, kedua-dua mayat pelajar Curtin University, Miri itu telah dihantar ke Hospital Miri.

Operasi SAR itu turut membabitkan pasukan polis dan pasukan penyelamat Taman Negara Loagan Bunut.

Kedua-dua pelajar lelaki terbabit menyertai enam rombongan pelajar Curtin University, Miri bersama-sama seorang pengemudi bot lelaki tempatan untuk aktiviti meninjau dan kajian hidupan liar, iaitu buaya di kawasan Tasik Taman Negara Loagan Bunut.


Bagaimanapun bot yang membawa mereka karam, menyebabkan dua pelajar terbabit hilang, manakala empat lagi pelajar iaitu masing-masing terdiri daripada seorang pelajar warga Oman, Zimbabwe, Nigeria, pelajar warga tempatan dan pengemudi bot terselamat.

Kejadian disedari seorang pemandu bot awam warga tempatan yang kebetulan melalui tempat yang sama dan seterusnya membuat laporan kepada pengurus taman, Anthony Chong.

Perjalanan ke lokasi kejadian dari pekan Marudi ke Long Tinjar mengambil masa empat jam sebelum menaiki bot ke Long Teru yang mengambil masa sejam untuk sampai ke Tasik Loagan Bunut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori