Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Minggu Solidariti Palestin Raih...

KUALA LUMPUR : Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM9.2 juta berjaya dikutip sepanjang pelaksanaan...

100 Hari: Kos Sara...

TANGGAL 9 Mei 2018 menjadi satu sejarah kepada Malaysia apabila kerajaan BN yang...

Justin Bieber Dan Selena...

MUNGKIN ia bukan satu yang idea yang baik untuk masih mengikuti perkembangan bekas...

Mekanik Dijel 10 Tahun,...

PETALING JAYA - Seorang mekanik dihukum penjara 10 tahun dengan dua sebatan oleh...

Mayat Bayi Dibungkus Dalam Plastik Di Tangga Surau

Jemaah surau Al-Raudhah di Bandar Tun Abdul Razak, Rompin, Pahang terkejut apabila menemui beg yang mengandungi mayat bayi di tangga surau berkenaan selepas selesai menunaikan solat , pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mayat bayi perempuan yang dibungkus dalam plastik dan dibalut dengan kain sebelum dimasukkan ke dalam sebuah beg ditemui di tepi longkang surau tersebut.

Penduduk yang curiga dengan keadaan beg terbabit terkejut apabila menemui mayat bayi yang cukup anggota badan tanpa sebarang pakaian.

Mayat Bayi Dibungkus Dalam Plastik Di Tangga Surau

Kejadian itu kemudian dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum bayi terbabit disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, kejadian tersebut adalah yang pertama berlaku sejak surau itu wujud sekitar 30 tahun lalu.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah mengesahkan kejadian dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab. – MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori