Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penarik Kereta Tak Mengaku...

KUANTAN - Seorang pemilik trak tunda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Gerakan Jatuhkan PM Tindakan...

KUALA LUMPUR - Gerakan deklarasi rakyat yang kononnya mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk...

iOS 8 Sedia Dimuat...

Khas untuk pengguna peranti Apple, Sepertimana yang dijanjikan, hari ini mereka secara rasminya...

Pemilihan PKR Wajar Ditangguhkan,...

KUALA LUMUR – Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR hari ini digesa menangguhkan proses pemilihan...

3 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Wanita

KOTA TINGGI – Mayat wanita yang dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tangan diikat di sebuah kebun getah di Kampung Lukut, Batu Ampat, di sini semalam, disahkan warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman yang mengesahkan perkara itu berkata mayat wanita berusia 37 tahun itu dijumpai dua sekawan yang mahu ke kebun mencari kayu untuk dibuat hulu parang kira-kira pukul 11 pagi.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua tangan mangsa telah diikat di belakang dengan ‘cable tie’ mesin potong rumput sementara kaki sebelah kanan masih diikat dengan ‘cable tie’ mesin potong rumput dan kaki kiri ada kesan ikatan tali.

“Leher mangsa juga diikat dengan tali nylon yang disambung dengan ikatan tangan di bahagian belakang,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketika ditemui, manga yang berambut ikal paras bahu itu, berbaju T hijau dan berseluar jeans biru gelap, sementara bahagian kepala dan badan mangsa ditutup dengan sehelai baju T biru berkolar.

Rahmat berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan jerutan di leher dan waktu kematian dianggarkan dalam tempoh 24 jam.


“Mangsa dipercayai berjaya melepaskan ikatan sebelah kaki lalu cuba berlari keluar namun akibat ikatan tersebut terlalu ketat telah menjerut lehernya,” katanya lagi.

Lanjutan dari itu, polis menahan tiga lelaki berusia antara 39 dan 51 tahun di tiga lokasi berasingan di daerah berkenaan.

Kesemua suspek berkenaan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 20 Disember ini untuk membantu siasatan, kata Rahmat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori