Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Laporkan, Jika Ada Penjualan...

KUALA BERANG - "Segera laporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada individu...

Vivo Malaysia Sasar Jualan...

KUALA LUMPUR - Vivo Malaysia menyasar menjual lebih daripada 1.5 juta unit telefon...

Murid Pra Sekolah Cedera...

SEREMBAN - Seorang murid pra sekolah di Taman Tasik Jaya cedera akibat dicampak...

MOF Yakin 1MDB Menang...

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan amat yakin 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan memenangi kes...

Maybank Nafi Kenakan Caj Gagal Tukar Kad ATM Lama

SEJAK semua pemegang kad bank perlu menukar kad mereka sebelum 31 Disember 2016 ini, pelbagai mesej yang diterima termasuk dakwaan pihak bank akan mengenakan caj tambahan dan sebagainya.

Ianya viral di media sosial kononnya bagi pemegang kad Debit bank Maybank, Cimb, RHB, dan BSN yang gagal menukar kad mereka sebelum hujung tahun ini, mereka akan dikenakan caj sebanyak RM12.70 oleh pihak bank.

Maybank Nafi Kenakan Caj Gagal Tukar Kad ATM Lama

Bagaimanapun, Maybank dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook menafikan akan mengenakan penalti kepada pelanggannya jika tidak menukar kepada kad Debit yang baru.

“Untuk makluman pengguna Maybank, sebarang mesej dan posting di FB berhubung penalti RM12.70 yang akan dikenakan kepada pemegang kad yang gagal menukar kad mereka adalah tidak benar dan tidak mendapat kebenaran daripada pihak Maybank.

“Jika ada menerima mesej tersebut, sila abaikan,” tulis status tersebut.

Maybank menjelaskan, pihaknya menggalakkan semua pemegang Kad ATM / Debit untuk menukar kad mereka sebelum 18 Disember bagi mengelakkan kesulitan terutamanya pada musim perayaan.


Tambahnya, tiada sebarang caj akan dikenakan untuk penggantian kad kali pertama.

Menurutnya, tarikh akhir penukaran kad ATM yang lama kepada kad MyDebit adalah pada 31 Disember 2016 dan selepas tarikh tersebut penggunaan kad akan terjejas dalam urusniaga pengeluaran di mesin ATM atau pembelian runcit di terminal Pin & Pay bermula 1 Januari tahun depan.

Maybank menasihatkan pemegang kad untuk segera menukar kad mereka melalui Maybank2u, Debit Card Kiosk Penggantian atau kunjungi mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.

“Pelanggan boleh merujuk laman sesawang kami di www.maybank2u.com.my untuk maklumat terkini mengenai semua produk dan perkhidmatan kami, termasuk penggantian kad,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori