Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SSI Lancar Program Penajaan...

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai...

‘Cindai Dah Jadi Cibai’...

BAGI yang menyaksikan siaran langsung Anugerah Skrin 2014 semalam pastinya terhibur dengan beberapa...

Kedah Kini Zon Hijau...

PUTRAJAYA - Kedah yang merekodkan 95 kes jangkitan sebelum ini kini menjadi negeri...

“Nasib Baik Mahathir PM...

KUALA LUMPUR - Biarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini...

Mekanik Maut Digilis Treler Di Cameron Highlands

IPOH – Seorang mekanik maut setelah digilis sebuah treler apabila motosikal yang ditunggangnya terjatuh dan memasuki laluan bertentangan di Kilometer 73.1 dekat Tringkap, Cameron Hidhlands hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa Mohamad Syazwan Mohamad Sabri, 19, berasal dari Raub, Pahang yang berkonvoi bersama 16 lagi rakannya dalam perjalanan dari arah Brinchang menuju ke Kampung Raja.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Hasadid A. Hamid berkata ketika menuruni selekoh mangsa berlanggar dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang berada di hadapannya sebelum terjatuh dan memasuki laluan bertentangan.

“Mangsa digilis treler yang datang dari arah bertentangan. Pemandu treler cuba membrek dan mengelak namun gagal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Katanya pemandu treler tidak mengalami kecederaan manakala seorang penunggang motosikal lain yang berusia 20 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands untuk dibedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori