Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

JDT Bakal Jalin Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan baginda akan...

IPU Makin Naik, Tanjung...

KUALA LUMPUR - Indeks pencemaran udara (IPU) di seluruh negara mencatatkan sedikit peningkatan...

Kadar Rt COVID-19 Terus...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian seluruh negara terus...

Sistem Daftar Tunggal Atasi...

JAKARTA - Sistem tunggal pendaftaran pekerja asing iaitu secara dalam talian yang akan...

Melaka United Anggap Tindakan Labinot ‘Nakal’

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menganggap tindakan bekas pemain importnya, Labinot Harbuzi yang membawa isu pembayaran bonus kemenangan kepada pihak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai ‘perbuatan nakal’.

Timbalan presidennya Datuk Wira Mohd Yusof Mahadi berkata pemain tengah yang berasal dari Sweden itu sepatutnya perlu hadir berbincang dengan MUSA dan ejennya terlebih dahulu sebelum membawa isu itu kepada FIFA.

Bagaimanapun, beliau turut mengakui bahawa pihaknya masih belum menyelesaikan bonus kemenangan kepada pemain, sebagai habuan muncul juara Liga Perdana musim ini serta berjanji akan menjelaskan semua bonus tersebut dalam masa satu atau dua bulan lagi.

Katanya MUSA telah menjelaskan kesemua gaji pemain itu, tiada tunggakan sehingga tamat kontraknya dengan Melaka United pada bulan lalu.

“Ini merupakan satu perbuatan yang nakal dan tidak patut berlaku sebab kita belum bayar bonus untuk semua pemain. Saya lihat Labinot ini tidak berurusan dengan ejennya sekarang dan mula mengganggu kita.

“Dia patut datang berbincang dengan ejen dan kita dahulu, tetapi dia menggunakan saluran yang lain pula. Dia boleh berbincang dengan kita untuk mengambil jalan penyelesaian yang terbaik tetapi dia telah melangkaui kita. Maka, selepas ini kita perlu menunggu respons dari FIFA sahaja,” katanya.

Mohd Yusof yang juga Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata demikian kepada pemberita selepas majlis undian pusingan kelayakan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) di Wisma FAM di sini, hari ini.

Pemain berusia 30 tahun itu menerusi laman sosial Facebook miliknya, Labinot Harbuzi, telah memuat naik status: “The process to claim my money from Melaka United that they still owe me from my time in Melaka is now in FIFA’s hands. Soon I’ll post more information.”


Labinot kemudian telah memadam status itu, namun ‘screenshot’ status itu telah viral di laman sosial.

Mengenai persediaan Melaka United untuk saingan Liga Super musim hadapan, Mohd Yusof berkata pasukan itu telah memasuki fasa terakhir persiapan dan kini mempunyai 28 pemain berbanding 30 pemain yang perlu didaftarkan.

“Sebenarnya pemain kita sudah cukup… walaupun kita tidak mahu mengambil pemain berstatus berjenama, tetapi ada pihak yang mahu pemain berkenaan dan sanggup menaja kos perpindahan.

“Maka kita terpaksa tukar perancangan kita dan buka pintu untuk pihak penaja sekiranya ada pemain yang sanggup masuk ke Melaka. Mungkin pemain yang sedia ada akan digugurkan ke pasukan Piala Presiden, Liga FAM atau dipinjamkan ke negeri atau kelab lain,” katanya.

Jumaat lepas, Melaka United berjaya membawa masuk penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah, 35, dari negeri jiran selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT), juga merupakan juara Liga Super untuk tiga kali berturut-turut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori