PERNAHKAH anda melihat iklan haram yang menjual alat seks dan ubat ‘kuat’ lelaki yang digantung pada lampu isyarat di sekitar kawasan anda?
Jangka hayat papan tanda iklan tersebut pastinya tidak akan bertahan lama apabila pihak berkuasa tempatan akan menjalankan operasi ‘membersihkan’ iklan berunsur ‘lucah’ sebegitu untuk tatapan ramai.
Kali ini, iklan ‘bergenre’ sama lebih besar terpampang di lebuh raya seperti yang dikongsikan pembaca baru-baru ini.
Dipercayai papan tanda tersebut terletak di persimpangan keluar tol Seremban.
Iklan jijik yang bukan saja menyakitkan mata, tetapi ia turut menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan pengguna lebuh raya.
Dalam iklan tersebut terpampang slogan mereka ‘Subuh Baru Cabut’ yang menawarkan produk ubat kuat berjenama ‘Performance Gel Gambir Emas’ kepada pengguna.
Turut terpapar dalam iklan tersebut adalah nama syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan.
Netizen mempertikaikan bagaimana iklan ubat kuat tersebut boleh dipaparkan dalam keadaan terbuka dengan saiz gergasi di kawasan yang mudah dilihat.
Ianya dianggap sebagai papan iklan lucah yang melampau dan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada semua masyarakat dari pelbagai lapisan umur. – MYNEWSHUB.CC