Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tiga Calon Parlimen Jerlun...

ALOR SETAR - Tiga calon di kerusi Parlimen Jerlun bertembung sekali lagi pada...

Kes Rasuah: Pengarah Urusan...

SEREMBAN - Seorang pengarah urusan sebuah syarikat direman tiga hari sehingga Sabtu ini...

Samsudin Amin Terajui JPJKK...

KOTA BHARU - Ketua Unit Pengajian Siasatan Jenayah Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Jepun Mula Cemas, Ikan...

MEDIA sosial Jepun cemas susulan penemuan beberapa ekor ikan laut dalam yang secara...

‘Menteri Malaysia Sudah Jumpa Suu Kyi Tapi…’

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menemplak sikap ikon demokrasi Myanmar, San Suu Kyi yang bersikap dingin tentang isu etnik Rohingya.

Menurut Najib, Malaysia telah meminta agar Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bertemu Suu Kyi untuk membincangkan isu itu namun reaksi dingin diberikan oleh pemenang anugerah Nobel Keamanan itu.

Saya minta Menteri Luar kita ke Myanmar..,tetapi Suu Kyi kata kalau nak jumpa dia hanya bincang isu hubungan dua hala sahaja.

Kata Suu Kyi, saya tidak mahu bincang mengenai isu Rohingya…ini mana boleh. Kita mesti bincang segalanya,” katanya seperti yang dilapor Sinar Online.

Piagam Asean pertahankan hak asasi manusia. Myanmar pakai satu sahaja. Artikel dalam Asean banyak.

Baca: Malaysia Tak Peduli Ugutan Myanmar – Najib

Dia baca satu sahaja. Kita tidak boleh campur tangan dalam urusan negara lain… dia tidak baca yang lain.  Yang lain sebut bahawa hak asasi Asean pertahankan hak asasi manusia. Mereka buat ke?

Janganlah cakap ikut sesuka hati. Apa dia nak kita buat. Kita masuk Asean sebagai ‘community of nation.


Kita satu komuniti bila berlaku kezaliman dan kekejaman orang dan dicabul hak asasi apakah ini bukan penentangan terhadap hak asasi manusia,” katanya.

Selain itu Najib juga menyeru agar Presiden Indonesia, Joko Widodo bagi turut bersama beliau dalam perjuangan ini.

Saya nak minta Jokowi adakan himpunan yang sama seperti kita hari ini, Rohingya perlu diperjuangkan,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori