Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dihalang Naik Rollercoaster Sebab...

HANYA kerana mempunyai ukuran payudara yang besar, seorang wanita dimalukan apabila dia tidak...

Memukau.. Koleksi Raya Bianco...

BIANCO Mimosa; gabungan perkataan Itali yang bermaksud "putih" dan "semalu" adalah metafora terbaik...

SPR Bukan Jabatan, Ada...

BONGKAR... Sebuah akhbar tempatan dedah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dalam situasi pelik...

David Bergandingan Dengan Brooklyn...

WALAUPUN sudah menggantung but sejak dua tahun lalu, ia tidak menghalang bekas bintang...

Militan Peralat Budak Letupkan Diri Di Pasar

KEJAM… Dua orang kanak-kanak perempuan dipercayai digunakan untuk meletupkan diri di sebuah pasar awam Maiduguri, Nigeria hingga menyebabkan kematian dan 18 orang awam cedera.

Dalam kejadian pagi Ahad itu, dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu dipercayai meletupkan diri dalam serangan bom di pasar yang sedang sibuk.

BBC melaporkan pihak berkuasa tempatan percaya serangan itu didalangi kumpulan militan Boko Haram.

Ini kerana kumpulan berkenaan dikesan menggunakan wanita dan kanak-kanak untuk membawa bom dan melakukan serangan berani mati di kawasan awam.

Militan Guna Kanak-Kanak Perempuan Letupkan Diri Di Pasar

Seorang anggota tentera yang berkawal di pasar itu, Abdulkarim Jabo, dua kanak-kanak itu tiba di pasar dengan menaiki beca dan berjalan ke arahnya.

“Saya cuba bercakap dengan salah seorang mereka tetap tiada jawapan diberikan.  Saya berpendapat mereka sedang mencari ibu mereka,” katanya.


Menurutnya, salah seorang kanak-kanak itu menuju ke sebuah gerai dan meletupkan dirinya.

Sebelum itu pada Jumaat lalu, pengebom berani mati yang dilakukan seorang wanita menyebabkan 45 orang mati dan 22 orang cedera dalam kejadian di pasar di bandar Madagali. – MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori