Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Sita 35 Motosikal...

BUKIT MERTAJAM - Polis menyita 35 buah motosikal terbabit dengan pelbagai kesalahan lalu...

Air Percuma Hanya Untuk...

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan Selangor untuk hanya menawarkan air percuma 25 meter...

Penjajahan Versi Baharu Guna...

KUALA LUMPUR - "Di zaman kepesatan teknologi maklumat pada hari ini, penjajahan datang...

Suami Isteri Mengaku Bersalah...

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi di sini,...

Misteri Muhyiddin ‘Bisu’ Ulas BR1M, Takut Palit Isu Seks?

ALKISAH penulis sempat ‘lepak’ di Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK) di ibu kota baru-baru ini untuk penjadualan hutang isi rumah dan kebetulan bertemu seorang bekas staf Petronas.

Dia kini cuma memandu kereta Uber selepas diberhentikan kerja dengan hasil pendapatan pernah cecah RM9,000 sebulan jika banyak permintaan. Ini sebenarnya pun masih agak kecil kerana dahulu gaji bulanannya RM24,000.

Akibat banyak hutang ketika zaman mewahnya, AKPK – sebuah badan ditubuhkan Bank Negara Malaysia (BNM) era pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada 2006; kini menjadi tempat dia bergantung ihsan untuk belanja berhemah.

Bayangkan, hasil Uber diperolehnya itu terpaksa digunakan bayar pelbagai hutang hatta dia bercerita hanya mampu ‘telan air liur’ lihat orang kaya bazir buang sisa makanan walhal bagi orang miskin, silap-silap pinggan pun dimakan!

Justeru, mantan pekerja syarikat petroleum negara itu menitis air mata apabila ‘disenaraikan’ julung kali sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan pihak BNM sejak 2012 lalu untuk kelompok B40.

Memanglah nilai RM1,200 diterima itu tidaklah semewah mana bagi individu kumpulan M40 dan H20, namun bagi rakyat marhaen, jumlah tersebut amat berharga, sekali gus dapatlah berbelanja sedikit untuk keperluan anak-anak.

Sementelahan ia adalah subsidi bersasar; bukan berpukal yang turut sama dinikmati orang kaya seperti petrol RON 95, gula kasar, minyak berpaket sekilogram atau lebih 300 produk ‘sifar’ Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Baca: Tuduhan BR1M Rasuah Tidak Berasas

Juga: Mahfuz Pun Akui BR1M Bukan Rasuah

br1m

Malangnya, usaha murni BNM itu dikutuk oleh negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap dalam satu program Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kedah baru-baru ini apabila diumpamakan rasuah untuk rakyat.

Tohmahan jahat itu namun dibidas banyak pemimpin Barisan Nasional (BN) waima Ketua Pembangkang dan juga Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sendiri yang si suaminya, Anwar Ibrahim pernah dizalimi oleh Mahathir.

Turut membantah keras penghinaan jijik pengerusi PPBM itu ialah Bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang sambil menjelaskan BR1M bukan sahaja dinikmati penyokong BN.

Malahan, pengundi pembangkang pun menikmati skim itu apabila Selangor muncul negeri paling ramai penerima daripada keseluruhan kira-kira tujuh juta isi rumah yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Cakap politik kedai kopi melihat keceluparan mulut Mahathir itu sebenarnya hanyalah strategi bagi alih perhatian rakyat daripada ‘kacau-bilau’ dialami pembangkang khasnya Pakatan Harapan akhir-akhir ini dengan pelbagai isu.


Bukan itu sahaja, PPBM dicipta Mahathir pun haru-biru apabila belum usia setahun jagung, beberapa skandal moral mewarnai parti serpihan UMNO itu sehingga menyaksikan pelucutan jawatan Ketua Srikandinya, Anina Saadudin.

Tidak hairanlah Presiden PPBM sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat ini ‘bisu’ mengulas isu BR1M dan selesa ‘bermain selamat’ seraya cetus tanda tanya di manakah suara bakal perdana menteri bayangan pembangkang itu.

Baca: Khairuddin Cabar Muhyiddin Bersihkan Skandal Seks

Juga: Anina Pecah Rekod Dunia Sekejap Pegang Jawatan?

muhyiddin

Ada penganalisis politik menyifatkan tindakan senyap Muhyiddin bukan sahaja aneh tetapi ada misteri cuba disorok selepas ‘orang kuat’ Mahathir, Khairuddin Abu Hassan menggasaknya berhubung skandal seks dengan isteri orang.

Adakah Muhyiddin takut bos sendiri atau seperti cuba pulang paku keras untuk Khairuddin apabila tidak komen isu skim bayaran tunai tersebut yang dikecohkan oleh Mahathir bagi memalukan pula imej tokoh berusia 91 tahun itu?

Sekali imbas, memang ada logik kerana tiada apa-apa ‘ribut’, tiba-tiba Mahathir bangkit isu BR1M konon ia rasuah daripada BN demi raih sokongan politik, bahkan mendahului mufti apabila memfatwakan haram terhadap skim itu.

Mana pergi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang lantang dibangkit selama ini sehingga menjadi bahan kempen tular ketika pilihan raya negeri Sarawak serta pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar?

Terbuktilah Muhyiddin mungkin sudah dapat ‘baca’ agenda tersirat Mahathir apabila Ahli Parlimen Pagoh itu elak bercakap mengenai isu BR1M kerana tahu rakyat sudah jelik melihat permainan persepsi buruk oleh pembangkang.

Mahathir sebaliknya berasa aib banyak kerajaan asing mula mencontohi Malaysia melaksanakan skim ala BR1M bagi meringankan beban sara hidup rakyat miskin antaranya Thailand, India dan terkini, negara kaya Arab Saudi.

Atau Muhyiddin bimbang ‘nasibnya’ akan jadi lebih buruk sebagaimana dialami oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam isu kos sistem MRT, apatah lagi ramai minat ‘korek’ skandal seks dirinya pula! – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori