Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Virus Zika Mungkin Berlindung...

CHICAGO - Virus Zika berkemungkinan bersembunyi dalam bahagian tubuh yang terlindung daripada sistem...

Isu 1MDB: Pengarah Syarikat...

PERKEMBANGAN terbaharu isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaksikan seorang pengarah syarikat pembangunan hartanah swasta...

Rizab Banyak Tetapi Gagal...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor dibidas kerana terlalu berbangga dengan rizab negeri berjumlah...

‘Kalau Betul Aniaya Anwar,...

OPTIMIS terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam keputusan penghakiman kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang,...

MKN Sabah Hantar Pulang 21,514 PATI Sejak Januari Lepas

SANDAKAN – Seramai 21,514 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara dihantar pulang ke negara masing-masing dari negeri ini sejak Januari lepas sehingga semalam.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata malah sejak 15 Nov hingga semalam, seramai 3,066 PATI Filipina dihantar pulang menggunakan feri dan dijangka lebih 1,000 PATI lagi akan dihantar pulang menjelang 31 Dis ini.

Katanya sejak 1990 sehingga semalam, seramai 551,455 PATI diusir dan pulang secara sukarela ke negara mereka dari Sabah.

Menurutnya usaha penghantaran pulang PATI ini dipertingkatkan selaras dengan komitmen dan janji kerajaan untuk terus membasmi PATI di Sabah.

Ini juga merupakan susulan persefahaman yang dicapai antara Perdana Menteri Malaysia dengan Presiden Filipina pada 10 Nov lepas, katanya dalam kenyataan, hari.

Rodzi berkata semua pihak khususnya majikan dan orang awam harus memberikan kerjasama kepada pihak penguat kuasa dengan menyampaikan maklumat mengenai kehadiran PATI dan mengelak daripada menggaji atau melindungi mereka.


Dalam pada itu, beliau berkata seramai 441 PATI warganegara Filipina dihantar pulang ke Zamboanga, dengan menaiki feri dari Pelabuhan Sandakan, semalam.

Katanya daripada jumlah itu, 361 PATI adalah lelaki dewasa, 62 orang wanita dewasa dan 18 kanak-kanak lelaki dan perempuan, yang kesemuanya berusia antara setahun hingga 75 tahun.

Mereka terdiri daripada 441 PATI dari Pusat Tahanan Sementara Tawau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori