Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kanak-Kanak Hilang Di Pantai...

BACHOK - Seorang kanak-kanak yang dilapor hilang ketika mandi di Pantai Irama di...

Atlet Sukma Bebas Tuduhan...

PETALING JAYA - Seorang atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013 hari...

Pendakap Gigi Palsu Undang...

PENGGUNAAN pendakap gigi yang palsu atau pemasangan pendakap gigi oleh individu yang tidak...

2,000 Nelayan Perlis Had...

KANGAR - Lebih 2,000 nelayan bot kecil pesisir pantai Kuala Perlis, di sini...

MKN Sabah Hantar Pulang 470 PATI Filipina Dari Sandakan

SANDAKAN – Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneruskan penghantaran balik Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah membabitkan 470 warganegara Filipina yang dihantar pulang dari Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina, semalam.

Pengarah MKN Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, seramai 433 PATI adalah lelaki dewasa, 32 wanita dewasa dan lima kanak-kanak lelaki serta perempuan, yang kesemuanya berusia di antara setahun hingga 62 tahun.

Mereka terdiri daripada 230 PATI dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu dan 240 orang lagi dari PTS Tawau, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya penghantaran pulang PATI yang dilakukan secara serius dan berterusan oleh MKN Sabah menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membanteras PATI di negeri ini.


Sehubungan itu, katanya semua pihak khususnya majikan dan orang awam haruslah menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan mengelak daripada menggaji atau melindungi PATI, sebaliknya menyampaikan maklumat mengenai kehadiran mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori