Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Presiden Perancis Balas Puisi...

PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan menulis puisi untuk seorang gadis Inggeris berusia 13...

Siasat Jemputan Program, Sebelum...

BAGAN DATUK - Pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Perak perlu merujuk jemputan ke...

Dr Ahmad Taufik Berpindah...

KOTA KINABALU - Dr Ahmad Taufik Sulaiman hari ini dilantik sebagai Timbalan Pengarah...

Inti Pati Ekonomi Untuk...

KUALA LUMPUR - Berikut ialah inti pati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana...

Mohamad Danial Muncul Juara Lawak Solo

HULU KELANG – Anak jati Pulau Pinang, Mohamad Danial Mohd Zaini muncul juara program realiti komedi, Lawak Solo yang disiarkan secara langsung dari Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di sini, malam tadi.

Mempertaruhkan dua tugasan bertemakan bebas dan hiburan, peserta berusia 23 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000 dan menewaskan tiga finalis lain.

Pada pusingan akhir, Achmad Rusli, 28, dari Sabah, meraih tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai RM40,000. Finalis dari Kedah, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 22, pula memenangi tempat ketiga dan Mohd Hafiz Abdul Ghani, 31, dari Perak mendapat tempat keempat.

Ahmad Fikry memenangi wang tunai RM20,000 manakala Mohd Hafiz RM10,000. Pentas akhir Lawak Solo diadili juri tetap, Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan pengkritik jemputan, Erra Fazira. Sejumlah 30 peratus lagi undian adalah berdasarkan SMS penonton.

Program yang disiarkan selama lapan minggu itu dihoskan oleh Fad Bocey dan Johan Raja Lawak.


Ia turut menampilkan Nabil Ahmad, Ebby Yus dan Douglas Lim sebagai penasihat komedi. – Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori