Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Asrama Lelaki SMK Lui...

SEREMBAN - Tingkat tiga asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat, Felda Lui...

Najib, Rosmah Belum Tarik...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah...

Video Intim: Tiada Pemimpin...

KUALA LUMPUR - Tiada pemimpin utama parti politik akan dipanggil polis untuk membantu...

JCorp Diminta Kaji Dalam...

JOHOR BAHRU – Johor Corporation (JCorp) dinasihati mengkaji secara mendalam terlebih dahulu mengenai...

MRT Fasa Dua Hampir 95 Peratus Siap

PETALING JAYA – Ketika fasa pertama Transit Aliran Massa (MRT) akan memulakan perkhidmatannya dari Sungai Buloh ke Semantan Jumaat ini, fasa kedua yang juga terakhir dari Semantan ke Kajang, sudah hampir 95 peratus siap.

Pengarah Projek MRT Sungai Buloh-Kajang, Marcus Karakashian berkata ia termasuk semua kerja struktur stesen, sistem rel dan tren.

“Kami jangkakan ujian perjalanan bagi fasa kedua dilakukan seawalnya pada Januari depan sebelum beroperasi pada Julai tahun yang sama,” katanya dalam taklimat kepada media di sini hari ini.

Fasa kedua sejauh 30 kilometer itu membabitkan 19 stesen dari Semantan ke Kajang dan ia adalah sebahagian daripada projek MRT berharga RM23 bilion sejauh 51km merangkumi 31 stesen.

Sementara itu, Ketua Bas Pengantara dan Pembangunan Infrastruktur, Rudyanto Azhar berkata 112 bas akan mula beroperasi di 21 laluan dari 12 stesen bagi fasa pertama yang bermula Jumaat ini.


Katanya kekerapan bas itu adalah antara 10 dan 15 minit manakala laluannya direka bagi memenuhi keperluan penduduk dan kawasan komersial dalam lingkungan 3km dari sesebuah stesen MRT. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori