Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penuntut IPT Dihukum Dua...

KUALA TERENGGANU - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi dikenakan hukuman denda RM2,300 atau...

14 Pondok Madrasah Muhammadiah...

KOTA BHARU - Sebanyak 14 buah pondok di Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir...

Ubat Termahal Di Dunia

WASHINGTON - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan penggunaan ubat terapi gen...

Anwar Menghadap Sultan Johor...

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Ketua...

Murid Tahun Enam Di Temui Lemas Di Marang

MARANG – Seorang murid tahun enam ditemui lemas di Sungai Buaya belakang Sekolah Kebangsaan Bukit Payong, di sini, pagi tadi.

Mayat Megat Najmi Asyraf Megat Mohd Nezan, 12, dijumpai kira-kira pukul 8.21 pagi oleh orang awam dan pasukan scuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu.

Megat Najmi Asyraf, murid Sekolah Kebangsaan Gelugor dipercayai tergelincir ke dalam sungai berkenaan kira-kira pukul 6.45 petang semalam ketika melihat rakan-rakannya mandi di tebing sungai tersebut.

Menurut ibunya Nordiana Botok, 34, sebelum kejadian, kira-kira pukul 6.15 petang anak tunggalnya itu pulang dari rumah rakannya, sejurus selepas itu arwah keluar semula namun tidak memberitahu hala tujuannya.

Tidak lama selepas itu kira-kira pukul 7 malam orang kampung memaklumkan padanya anaknya itu telah lemas di sungai berhampiran rumah mereka.

“Sebelum ini kami (ibu dan bapa mangsa) selalu larang anak bermain di kawasan sungai dan biasanya dia hanya keluar rumah dengan menaiki basikal mengelilingi kawasan kampung..anak juga tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik.

“Memang kami terkejut selepas mendapat tahu anak kami jatuh ke dalam sungai dan terus berlari ke sana dan melihat basikal anak ada berhampiran sungai,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Beliau juga tidak menyangka permintaan anaknya yang mahu pergi ke Lagoon, Kuala Ibai pada waktu tengahari semalam untuk melihat pantai merupakan permintaan terakhirnya sebelum kejadian tersebut.


“Dia ada meminta suami saya, Megat Mohd Nezan Megat Ahmad,36 pergi ke Lagoon,Kuala Ibai untuk melihat air namun bapanya hanya lalu di kawasan berhampiran sahaja.

“Isnin lalu juga kami tiga beranak bercuti di Kota Bharu, Kelantan sepanjang perjalanan jika terlihat lopak air anaknya akan tunjuk sambil berkata kawasan ini sering dinaiki air. Kami tidak mengesyaki sesuatu yang pelik dengan tindakannya itu dan mengingatkan arwah sekadar bergurau,” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapi, Suriati Ariffin berkata seramai lapan anggota bersama enam unit penyelam bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bersambung kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Katanya mayat dijumpai pada jarak 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutkan dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori