Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bajet: MADA Mohon RM25...

ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berharap kerajaan meluluskan permohonan sebanyak...

Benih MADACorp Bukan Punca...

ALOR SETAR - Anak syarikat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Syarikat Perniagaan Peladang...

Kerajaan China ‘Baik Hati’,...

Putrajaya : Republik Rakyat China menghulurkan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Jabatan Agama Islam...

GLC Wajib Laksana Program...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mewajibkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melaksanakan program Tanggungjawab...

Myanmar Marah PM Sertai Himpunan Sokong Rohingya

PELIK… Ada ke patut kerajaan junta Myanmar cuba putar belit dakwa konon Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa pada Ahad ini satu permainan politik tempatan.

Lebih lucu Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay menuduh konon perhimpunan itu sebagai tiada kaitan sangat dengan isu kekejaman tentera ke atas masyarakat Islam minoriti etnik Rohingya.

Juga bayangkan pegawai Myanmar itu boleh pula buat kenyataan mempersoalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hendak hadir himpunan itu dengan menyifatkanya ‘campur tangan’ isu domestik Myanmar.

Lebih dahsyat, U Zaw dalam kenyataan disiar akhbar Myanmar Times berkata, Kementerian Luar Myanmar akan memanggil duta Malaysia di Yangon untuk mendapatkan penjelasan jika benar Najib turut serta himpunan itu.

Nampak sangat Myanmar sudah ‘gabra’ dengan perhimpunan besar-besaran itu yang juga bakal disertai Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang selepas tunjuk perasaan di luar Kedutaan Myanmar pada 25 November lalu.

Kesal dengan dakwaan tersebut, pihak Wisma Putra pada pagi Sabtu mengeluarkan kenyataan reaksi segera yang menolak tohmahan dibuat oleh U Zaw dan menjelskan himpunan berkenaan bukan satu bentuk campur tangan.

Sebaliknya ia mengambarkan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap krisis kemanusiaan Rohingya yang boleh menyebabkan berlaku limpahan pelarian sekali gus memberi kesan besar kepada isu keselamatan di negara ini.

“Dalam konteks ini pihak berkuasa Malaysia membenarkan Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohngya itu diadakan,” katanya. Kementerian Luar juga berkata, Malaysia cukup sedar tentang prinsip penubuhan ASEAN.

myanmar
U Zaw Htay

Namun ia mengingatkan Myanmar pada 2008 lalu apabila semua 10 negara anggota ASEAN menerima satu piagam yang mengikat semua negara anggota pada prinsip perlindungan hak asasi manusia khasnya etnik minoriti.


Katanya jumlah pelarian Rohingya sebanyak 56,000 di Malaysia berlindung bawah naungan UNHCR ditambah dengan ratusan ribu lagi di negara jiran menjadikan isu itu bukan satu masalah domestik tetapi isu antarabangsa.

“Fakta bahawa hanya satu etnik yang diusir bermaksud ia memang pembersihan etnik,” katanya. Kementerian Luar dalam kenyataan di Putrajaya malahan menegaskan perbuatan kejam tersebut harus dihentikan dengan serta merta.

Sambil mengimbas krisis ‘boat people’ dari Rohingya pada 2015 yang menjadi masalah serantau, Wisma Putra mengingatkan bahawa Malaysia berulang kali menawarkan bantuan kepada Myanmar untuk mencari penyelesaian.

Myanmar Times memetik U Zaw dengan menyifatkan himpunan anjuran badan-badan bukan kerajaan di Malaysia itu sebagai satu permainan pihak kerajaan Malaysia untuk mendapatkan sokongan politik dari kalangan rakyat.

“Ia nampak seperti satu keputusan politik untuk mencari sokongan rakyat Malaysia dan tidak ada kena mengena dengan Myanmar,” dakwanya sambil berkata, langkah itu konon sebagai tidak selari dengan prinsip asas ASEAN.

U Zaw menyatakan jika ikut prinsip ASEAN, sebuah negara tidak boleh campur tangan urusan dalam negeri anggota lain. “Kami mematuhi prinsip itu dan harap kerajaan Malaysia juga patuh.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori