Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Batuk Berdarah Lepas Balik...

PENYANYI Sufian Suhaimi berkata dia diserang batuk yang teruk sehingga mengalami pendarahan. Menurut Sufian,...

Himpunan 355: Hadi Harap...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap cadangan meminda...

Mengapa PH Gentar Hadapi...

Semalam Ahli Parlimen Sri Gading dari Bersatu telah meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri.Walaupun masih menyokong kerajaan, beliau mengatakan ini adalah "langkah pertama" untuk "memperbetulkan kesilapannya" iaitu apabila dia menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Pengundi Cina Di Perlis...

PADANG BESAR - MCA Perlis yakin pengundi Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri...

Naik Taraf Pusat Latihan Perahu Layar Langkawi Siap Mei

ALOR SETAR – Kerja menaik taraf venue utama acara perahu layar pada temasya Sukan SEA 2017 iaitu Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi dijangka siap Mei tahun depan.

Penyelia Pusat Latihan berkenaan, Nabil Fikkri Mohammed Fauzi berkata pihaknya kini giat memberi tumpuan kepada projek menambak dan membina pemecah gelombang laut yang sudah pun mencapai 15 peratus.

“Mengikut perancangan, kerja membina pemecah gelombang laut akan siap pada Januari nanti manakala tambak pula perlu disiapkan sebelum Mei. Kedua-dua projek ini merangkumi keluasan 120 meter keseluruhan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Nabil Fikkri berkata mereka perlu menyiapkan kerja pembinaan tersebut kerana ada beberapa praperlawanan membabitkan penyertaan pasukan antarabangsa pada Jun dan Julai nanti.

“Bukan sekadar menambak, kawasan itu juga akan didalamkan bagi menyelesaikan masalah bot terkandas apabila air laut surut.


“Perkara ini penting bagi memastikan kelancaran atlet kita turun berlatih dan perlawanan dijalankan tanpa terjejas dengan pasang surut air,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Program Kita Juara Sukan Pelayaran Muhammad Sahir A Rahim berkata, buat masa sekarang atlet terpaksa memarkir bot mereka 500 meter dari tempat asal disebabkan kerja menambak yang giat dijalankan itu.

“Agak jauh tetapi sehingga kini ia tidak mendatangkan sebarang masalah kepada latihan atlet dan ruang parkir bot yang disediakan memuaskan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori