Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bung Mokhtar Kesal Namanya...

SANDAKAN - Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin kesal dengan tuduhan yang...

James Masing Angkat Sumpah...

KUCHING - Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Masing hari...

Koma 17 Bulan, Paderi...

Itulah petunjuk yang diberi olehNya kepada seorang paderi di Jakarta yang koma selama...

33 Cerun Kritikal Dikenal...

PUTRAJAYA - Sebanyak 33 cerun kritikal dikenal pasti di Cameron Highlands yang memerlukan...

Najib, Menteri Kabinet Ucap Takziah Atas Kematian Ibu Salleh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di atas kematian ibu beliau, Toh Puan Hajah Bandong Hasbollah.

“Takziah @sallehsaid atas pemergian bonda tercinta, Toh Puan Hajah Bandung Hasbollah. Moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di laman Twitter beliau hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan takziah menerusi laman Twitter beliau dengan catatan: “Salam takziah dari saya dan keluarga buat DS @sallehsaid atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Bandung Hasbollah. AL FATIHAH.”

Turut berkongsi kesedihan atas pemergian ibu Salleh di laman Twitter ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Al-Fatihah – Takziah saya ucapkan kpd @sallehsaid sekeluarga kembalinya ke Rahmatullah bonda tersayang,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said turut mengucapkan takziah di laman Twitter beliau.


“Salam takziah @sallehsaid dan keluarga atas pemergian bonda tercinta. Al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2016 turut mengucapkan takziah atas kematian ibu Salleh dan menghadiahkan surah al-Fatihah buat Allahyarham ketika sesi perbahasan ucapan dasar Presiden sedang berlangsung di sini.

Bandong, 85, meninggal dunia kira-kira jam 6.55 pagi ini di Hospital KPJ Kota Kinabalu, Sabah kerana sakit tua.

Menurut cucunya Syarulnizam Salleh, kesemua anak dan cucunya berada di sisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori