Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bahrain Mula Laksana GST...

JIKA Malaysia jadi bahan ketawa komuniti bisnes antarabangsa kerana 'patah balik' laksana Cukai...

Cara Malaysia Amalkan Pembalakan...

IPOH - Dalam memastikan pengurusan lestari sumber hutan negara, Malaysia seperti negara lain...

Trio Boling Padang Rangkul...

KUALA LUMPUR - Trio negara menghadiahkan pingat emas kedua dalam sukan boling padang...

Kedai Runcit Di Taman...

SEREMBAN - Sebuah kedai runcit dua tingkat di Jalan BSS 1/1, Taman Seremban...

Najib Serah Bantuan Kepada Bekas Ketua Wanita UMNO

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Wanita UMNO Bandar Baru Selayang, Saridah Ibrahim yang lumpuh akibat kemalangan dua tahun lepas, terharu kerana dirinya sentiasa mendapat pembelaan parti.

Beliau kini terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak setelah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang berkempen untuk Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 2014.

“Biar apapun saya tetap dengan UMNO dan perjuangkan parti saya,” katanya kepada pemberita selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa bertemu beliau pada Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Pada majlis ringkas itu, Perdana Menteri menyerahkan bantuan wang tunai RM5,000 kepadanya, sumbangan daripada Biro Kebajikan UMNO Malaysia.


Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan beberapa perwakilan.

Biro Kebajikan UMNO dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan sentiasa memantau rawatan kesihatan Saridah serta menyalurkan bantuan keperluan harian secara bulanan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori