Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Uqasha Senrose Ditahan Disyaki...

KUALA LUMPUR - Artis popular, Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemuinya dalam keadaan...

Penderitaan Pemandu Bas Dapat...

JOHOR BAHRU - Kesempatan hidup pemandu bas di negeri ini akibat pandemik Covid-19...

Zalim, Tiga Kucing Mati...

MELIHAT kekejaman kepada haiwan kesayangan ramai iaitu kucing, seperti kejadian yang menimpa ke...

Rakyat Malaysia Membazir Dalam...

KUCHING - Rakyat Malaysia membazir dalam penggunaan air berbanding penduduk di negara-negara lain...

Najib Yakin Ekonomi Malaysia Mampu Capai RM2 Trilion

ISKANDAR PUTERI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin dengan kemampuan negara mencapai sasaran ekonomi bernilai RM2 trilion dalam masa tujuh hingga lapan tahun akan datang.

Ketika berkongsi keyakinan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sasaran itu akan turut disumbangkan oleh perkembangan pesat wilayah Iskandar Malaysia.

“Saya mahu Malaysia muncul sebagai ekonomi (bernilai) RM2 trilion dalam masa tujuh hingga lapan tahun.

“Saya sendiri ada berbincang dengan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani dan kita mampu mencapai ekonomi RM2 trilion berkenaan,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.


Beliau yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah PembangunanIskandar Malaysia (IRDA), juga mahu melihat Malaysia muncul sebagai 20 negara utama ekonomi dalam satu jangka masa tertentu.

“Iskandar Malaysia juga akan memberi sumbangan ke arah pencapaian tersebut,” kata Najib. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori