LAMAN mikro Twitter milik syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia dihujani ribuan respons daripada pengguna laman itu gara-gara memuat naik status bertanyakan perbezaan antara JODOH dan AirAsia.
Status yang yang dimaksudkan adalah berbunyi seperti berikut; “Apa beza jodoh dengan AirAsia? Jodoh jual mahal. AirAsia jual murah. #cakapje.”
Pertanyaan itu telah diretweets lebih 17 ribu kali dan yang paling sadisnya kebanyakkan tweets yang diterimanya seolah-olah terkena pada batang hidung sendiri.
Malah tidak kurang juga segelintir netizen memberikan jawapan dalam bentuk berseloroh terhadap persoalan yang diajukan itu.
Antara jawapan-jawapan yang dikongsikan oleh netizen kepada status tersebut adalah seperti berikut.
“Jodoh belanja makan, AirAsia makan kena beli,” tulis seorang netizen Elmi @ELMIELMO.
Manakala Anne pula yang tidak bersetuju dengan jawapan daripada AirAsia itu memberitahu: “Jodoh tumpangkan saya sorang je dalam life dia. @airasia tumpangkan ramai passenger, huhu.”
Individu bernama my_nur pula: “Kalau suruh jodoh jaga beg selamat lagi. Kalau suruh AirAsia, jangan lupa beli insurans. #cakapje.” – MYNEWSHUB.CC