Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Buli Tahap Ekstrem, Murid...

GEJALA buli dalam kalangan murid-murid sekolah bukan sahaja semakin menjadi-jadi malah sudah berada...

Norazli Musa Meninggal Dunia...

IPOH - Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa, 52, menghembuskan nafas...

Daulat Tuanku, Al-Sultan Abdullah...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia hari ini merafak sembah takzim atas perisytiharan Yang...

Tanah Runtuh: 7 Terkorban...

JAKARTA - Bencana tanah runtuh di Bali, Indonesia pada Khamis mengorbankan tujuh orang...

Nestle Bakal Lancar Produk Coklat Kurang Gula Tapi Manis

GENEVA – Berita baik bagi penggemar coklat! Nestle mengumumkan bahawa ia berjaya menemui cara mengurangkan kandungan gula dalam coklat terutama untuk produk Kit Kat dan Butterfinger.

Lebih menarik, meskipun kandungan gula dapat diturunkan, ia tetap tidak menjejaskan nikmat kemanisan dan pada masa sama, pengguna masih lagi merasai coklat hasil adunan koko dalam setiap produk keluarannya tidak lama lagi.

Penemuan unik berkenaan turut bermakna Nestle dapat mengurangkan kandungan gula sebanyak 40 peratus dalam produk gula-gula dan coklat syarikat makanan antarabangsa yang berpangkalan di Vevey, Vaud, Switzerland itu.

Nestle kini memiliki 29 jenama yang berbeza termasuk Nespresso, Nescafe, Kit Kat, Smarties, Nesquik, Stouffer’s, Vittel dan Maggi dengan mempunyai 447 buah kilang di 194 negara serta 339,000 pekerja di seluruh dunia.

butter1

Agensi berita terkenal AFP melaporkan bahawa sekumpulan pengkaji di syarikat yang diasaskan pada 1866 itu berhasil menemui cara selamat paling baik untuk “menstrukturkan semula kadar gula dengan cara cukup berbeza”.


Dalam pada itu menurut kenyataan jurucakap Nestle, “meskipun kandungan gula dalam coklat berjaya dikurangkan, rasa coklat dijamin adalah hampir serupa dengan nikmat yang pernah dirasakan oleh lidah kita selama ini.”

Nestle kini dalam proses pendaftaran permohonan bagi paten penemuan tersebut. Dijangkakan bermula 2018 depan, sejenis gula yang cepat larut akan digunakan dalam pelbagai produk gula-gula dan coklat keluaran Nestle.

Langkah inovasi tersebut susulan kebimbangan banyak pihak mengenai risiko gula pada makanan berproses dan ancaman kesihatan khususnya penyakit diabetes dalam kalangan remaja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori