Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

5,000 Sokong Kempen Hentikan...

KUALA LUMPUR – Hampir 5,000 warga kota bersama-sama menyertai program ‘Rock Solid Pink...

Bayaran Khas RM500 Cuma...

KUALA LUMPUR – Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500...

Harimau Bintang Hitam Muncul...

NANYUKI - Seorang jurugambar hidupan liar Britain berjaya merakam beberapa keping gambar seekor...

Warga Emas Syukur Miliki...

KUALA KANGSAR - "Saya rasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat memiliki sebuah...

Noh Hujan, Mizz Nina Ke Palestin

SELEPAS menjayakan misi kemanusian membantu pelarian Syria, pasangan selebriti terkenal Noh Hujan dan Mizz Nina akan ke Palestin pula bagi menyertai misi kemanusian yang diberi nama Winter in Al-Aqsa.

Pasangan ini akan mengikuti pergerakan Islam, Into Taqwa bermula 9 hingga 16 Januari depan.

Menurut Mizz Nina, misi ini diadakan untuk mengumpul dana untuk membantu rakyat negara bergolak itu.

Noh Hujan, Mizz Nina Ke Palestin

“Alhamdulillah, pemergian kali ini akan menjadi kembara pertama saya bersama suami melawat Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya bersama Into Taqwa Malaysia.

“Niat dan tujuan utama saya menyertai serta menyokong misi pergerakan ini adalah untuk meraih sokongan selain mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin dan Masjid Al-Aqsa,” katanya.

Gerakan ini dikatakan mensasarkan sejumlah RM50,000 untuk menyerahkan kepada golongan yang memerlukan di sana.

Pada masa yang sama, Mizz Nina akui dia teruja untuk melihat Masjid Al-Aqsa.


“Saya teruja untuk belajar sejarah Islam dan melihat realiti sebenar kehidupan mereka. Begitu juga keinginan untuk bertemu ketua Imam Masjid Al-Aqsa.

“Saya turut berharap misi ini akan mendapat sokongan berterusan, termasuk pemberian sumbangan selain menitip doa supaya perjalanan kami akan berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang misi ini dan ingin menghulurkan sumbangan boleh rujuk di Instagram @intotaqwa_malaysia.

Sumber: BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori