Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pembantu Tabika Melecur Di...

JOHOR BAHRU - Seorang pembantu tabika melecur di bahagian kepala dalam satu kebakaran...

Pihak Produksi Tak Mahu...

BELUM lagi reda tentang isu panas Aliff Aziz yang didakwa telah memukul isterinya,...

Individu Lelaki Gaduh Dengan...

KUALA LUMPUR - Individu lelaki yang viral bergaduh dengan pengawal keselamatan baru-baru ini kerana mendakwa pengawal itu enggan menjaga anaknya, ditahan polis, Rabu lalu.Menurut kenyataan pihak Perbadanan Pengurusan (JMC) Residensi Awani, sekitar 12 tengahari, satu waran telah dikeluarkan oleh pihak polis ke atas suspek lelaki tersebut yang didakwa telah melakukan pelbagai kesalahan, kes curi dan kes jenayah lampau.

Kerajaan Kaji Langkah Tambah...

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang mengkaji langkah untuk menambah bilangan pelajar kaum India di...

Nyaris Dilanggar, Wanita ‘Diselamatkan’ Tiang Lampu

BERPANTANG maut sebelum ajal.  Seorang wanita di Kalisz, Poland berdepan detik cemas apabila nyaris dilanggar sebuah kereta di sebatang jalan di bandar berkenaan.

Satu rakaman video kemera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di jalan berkenaan berjaya merakam insiden tersebut.

Menurut sebuah laman antarabangsa, insiden tersebut bermula apabila sebuah kereta berwarna putih cuba untuk membelok ke kiri di hadapan trafik.

Kemudian muncul sebuah kereta berwarna hitam dari arah bertentangan melanggar hadapan kereta putih itu lalu terbabas menuju ke arah wanita yang berjalan di atas kaki lima.

Nyaris Dilanggar, Wanita 'Diselamatkan' Tiang Lampu

Nyaris Dilanggar, Wanita 'Diselamatkan' Tiang Lampu


Bagaimanapun, nasib wanita itu baik kerana kereta hitam yang terbabas itu dihalang oleh sebuah tiang lampu yang berada di kaki lima tersebut.

Mangsa wanita yang memakai baju warna merah kelihatan cuba untuk melarikan diri apabila kereta hitam itu meluncur laju ke arahnya namun terjatuh mungkin disebabkan terlalu terkejut dan panik dengan situasi cemas yang dialaminya pada ketika itu.

Mangsa dilihat segara bangun dan menjarakkan diri dari kereta berkenaan. Manakala tiang lampu yang turut menjadi ‘mangsa’ dalam insiden terbabit tidak mengalami sebarang ‘kecederaan’. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori