Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelawak Atu Zero Tamatkan...

BATU PAHAT - Pelawak Atu dari kumpulan Zero menamatkan zaman bujangnya dengan memilih...

Ombak Laut Sumber Tenaga...

KUALA LUMPUR - Satu lagi usaha menjana tenaga elektrik dari pukulan ombak laut. Usaha...

Nicol Terus Unggul Sebagai...

KUALA LUMPUR - Ratu squasy Malaysia Datuk Nicol David mengekalkan kedudukannya sebagai pemain...

Lelaki Rentung Dalam Kebakaran...

PORT DICKSON - Seorang lelaki ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar berhampiran...

Operasi Dipergiatkan Kesan 2 Remaja Dikhuatiri Lemas

PASIR PUTEH – Operasi mencari dan menyelamat dua remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Tok Bali di sini sejak Ahad lepas, terus dipergiatkan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 (D10) Tok Bali, Kapten Nurul Hizam Zakaria berkata operasi yang masuk hari ketiga hari ini, melibatkan lebih 140 anggota pelbagai jabatan termasuk APMM, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Antara aset yang digunakan ialah sebuah kapal, enam buah bot dan dua jetski,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.13 petang itu, dua remaja dikenali sebagai Ahmad Haziem Anizam, 14, dan rakannya, Amir Azfa Rafar, 13, masing-masing dari Selising di sini, dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Tok Bali.

Dua rakan mereka Muhammad Firdaus Mustafa, 16, dari Kampung Taweh, Gaal di sini, dan Amir Shahir Zakima, 13, dari Kampung Nering di sini, sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.

Kesemua mereka datang ke pantai itu untuk berkelah dan mandi-manda sebelum kejadian itu berlaku berikutan ombak besar.

Nurul Hizam berkata walaupun keadaan laut masih bergelora, operasi tetap diteruskan membabitkan pencarian lebih tiga batu nautika dari pantai Tok Bali dan pemantauan di pesisir pantai Pasir Puteh, Bachok dan Kuala Besut, Terengganu.


Katanya sejak dua hari lepas, pelbagai kaedah dilakukan oleh pasukan keselamatan termasuk menggunakan pukat di kawasan berhampiran pantai tetapi kedua-dua remaja berkenaan masih belum ditemui.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati keluarga kedua-dua mangsa masih menunggu di bawah khemah khas yang disediakan oleh pasukan keselamatan.

Bapa kepada Amir Azfa, Rafar Mamat, 53, berharap anak dan rakannya itu segera ditemui.

“Kejadian itu sangat mengejutkan dan memilukan memandangkan saya berada jauh di Songkhla (Thailand) mencari rezeki,” katanya yang bekerja dengan sebuah syarikat petroleum. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori