Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Muzakarah Khas Bincang Hukum...

PUTRAJAYA - Keputusan pandangan hukum berkaitan penularan coronavirus (COVID-19) akan dipersembahkan kepada Yang...

Jika MH370, MH17 Dan...

Apakah kehilangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia satu kemalangan udara yang biasa  atau sesuatu...

Anak 21 Tahun Rogol...

TAIPING - Lelaki berusia 21 tahun yang tergamak merogol ibu kandungnya dengan menggunakan...

Pecahkan Motosikal, Penganggur Didenda...

PETALING JAYA - Gara-gara memecahkan beberapa buah motosikal di kawasan parkir sebuah pangsapuri,...

Operasi Kesan Paraglider Hilang Dihentikan

MARANG – Operasi mencari dan mengesan paraglider yang dikhuatiri hilang berhampiran Taman Buaya, Pulau Kerengga, di sini, Khamis lalu dihentikan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali berkata sepanjang operasi itu dilakukan, pasukan penyelamat tidak menjumpai sebarang petunjuk atau objek seperti yang dilaporkan.

Katanya polis bersama agensi keselamatan yang lain termasuk Bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Angkatan Pertahanan Awam menghentikan pencarian pada 7 malam semalam.

“Pencarian kita lakukan bukan sahaja melibatkan kawasan laut, malahan turut tertumpu kepada kawasan pesisir pantai namun tiada sebarang petunjuk yang ditemui.

“Radius pencarian juga kita tingkatkan sehingga 15 kilometer menuju ke arah Dungun namun masih gagal,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Khamis lalu seorang pemancing mendakwa ternampak seorang paraglider terjunam ke dalam laut kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai tersebut.

Mohd Suhaimi berkata sehingga hari ini juga pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung orang hilang.


“Operasi mencari akan bersambung semula jika terdapat maklumat dan petunjuk baharu bagi mengesan mangsa,” katanya.

Selain itu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengesan mangsa termasuk melakukan pemeriksaan bersama kelab luncur udara dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), namun tiada sebarang maklumat mengenai kejadian itu.

“Saya meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan dapat berhubung terus, agar usaha mencari dan mengesan mangsa dapat dijalankan.

“Nelayan juga boleh melaporkan kepada pihak polis sekiranya mengesan objek mencurigakan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori