RENCAH dalam kehidupan individu yang bergelar artis apabila tidak ‘lari’ daripada kontroversi sehingga boleh menjatuhkan reputasi mereka.
Bagi pelakon yang semakin meningkat naik, Pablo Amirul juga tidak terkecuali daripada kontroversi apabila beberapa foto bogel seorang lelaki mirip wajahnya tersebar di media sosial.
Pelakon yang terkenal menerusi watak Jimbo dalam filem Polis Evo ini tidak mudah melatah dan tegas menafikan gambar yang tersebar di media sosial sejak tiga hari lalu adalah miliknya.
Berita Harian melaporkan, Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri, 31, menjelaskan empat keping gambar yang tersebar disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Saya mengaku itu badan saya tetapi gambar yang menampakkan sebahagian alat sulit itu disunting,” katanya.
Pablo bagaimanapun tidak akan membuat laporan polis kerana tidak mahu isu tersebut dipanjangkan dan menyerahkannya kepada Allah.
Kecoh di media sosial apabila empat keping gambar bogel seorang lelaki yang mirip pelakon tersebut tanpa seurat benang dan menampakkan sebahagian alat sulitnya.
Kontroversi penyebaran foto bogel membabitkan artis tempatan bukan perkara baharu kerana sebelum ini pelakon Atikah Suhaime turut menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab. – MYNEWSHUB.CC