Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Saksi Nampak Kepala Nazrin...

SHAH ALAM - Prosiding perbicaraan kes kematian berprofil tinggi membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif...

Diheret Wanita Ke Kebun...

GUA MUSANG - Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sebuah ladang sawit...

Dua Maut Kemalangan Babit...

SEREMBAN - Dua maut manakala tiga cedera dalam kemalangan babit sebuah treler dan...

Lagi Anggota Polis Ditahan...

KOTA KINABALU - Seorang lagi anggota polis berpangkat koperal direman tujuh hari bagi...

Pahang Juarai Piala Emas Raja-Raja, Benam PDRM

KUANTAN – Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2016 selepas membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6-2 pada perlawanan akhir di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi.

Kemenangan itu sekaligus mengulangi kejayaan Pahang yang merangkul kejuaraan tersebut pada edisi 2011 selepas menewaskan Melaka di pentas final.

Selaku juara, Pahang membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 manakala PDRM menerima RM20,000.

Pada aksi malam ini, Pahang lebih banyak menguasai permainan dengan serangan bertali arus ke arah kubu PDRM dan hasilnya pada minit ke-16, tuan rumah membuka
tirai jaringan menerusi kaptennya, Mohd Fauzi Roslan yang merembat kencang bola menewaskan penjaga gol lawan, Wan Ahmad Hababa Wan Sharifudin.

Selang dua minit, Mohd Fauzi sekali lagi meledakkan gol kedua Pahang selepas menerima hantaran Nabilah Khan Razali di hadapan pintu gawang lawan.

Biarpun ketinggalan, ia tidak mematahkan semangat pemain PDRM dan pada minit ke-43, mereka berjaya mengurangkan defisit melalui jaringan Muhamad Afzal Nazri selepas penjaga gol Pahang, Mohd Nur Kamarullah gagal menangkap kemas bola.


Bersambung babak kedua, Pahang memperoleh gol ketiga pada minit ke-55 apabila rembatan Muhammad Shahrul Nizam dari luar kotak penalti menerjah gawang pasukan lawan.

Fauzi sekali lagi menjadi duri dalam daging buat PDRM apabila menjaringkan gol keempat tuan rumah pada minit ke-66 sekali gus mencipta hatrik.

Pahang terus berpesta gol apabila Mohd Fauzi menjaringkan gol kelima pada minit ke-69 sebelum Baqiuddin Samsudin menambah derita pasukan lawan apabila meledak gol keenam pada minit ke-78.

Muhammad Afzal mengurangkan defisit jaringan menerusi gol kedua PDRM pada minit ke-90, namun kedudukan 6-2 berpihak kepada Pahang kekal sehingga ke wisel penamat.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori