Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jaminan Kerajaan Kepada Simpanan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus menjamin simpanan 9 juta pendeposit Tabung Haji...

SPRM Tahan Individu Ikut...

PASIR GUDANG - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya tindakan...

Lepasan Sekolah Harus Digalakkan...

IPOH - Kementerian Sumber Manusia akan membincangkan dengan Kementerian Pendidikan bagi menggalakkan lebih...

6 Terbunuh, 3 Penyerang...

LONDON - Sembilan maut dalam serangan ganas termasuk tiga penyerang yang ditembak mati...

PAN: Raja Berperlembagaan Tak Langgar Undang-Undang

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa Presiden Pelindung Khazanah Alam Sekitar Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil tidak sepatutnya ditahan polis hanya kerana mendedahkan aktiviti pembalakan di tanah yang dipercayai milik Sultan Johor.

Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub mendakwa, penahanan wanita itu yang dikatakan menghina Sultan Johor melalui catatan di Facebook sepatutnya diselesaikan melalui semangat perlembagaan dan undang-undang, bukan daripada sudut yang sengaja dipersempitkan pihak tertentu.

Terdahulu beliau mengingatkan bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu adalah perkara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan mempertahankan Perlembagaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab Raja-Raja dan seluruh rakyat negara ini.

“Perjuangan mana-mana pihak demi keadilan untuk rakyat dalam apa jua isu sama ada isu tanah, alam sekitar dan sebagainya juga adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Oleh kerana negara memproklamasikan “no one is above the law” maka saya juga akan berjuang mempertahankan prinsip ini.

“Raja Berperlembagaan tidak akan melanggari keluluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang menjamin kesaksamaan setiap rakyat di negara ini. Raja Berperlembagaan akan menaungi seluruh rakyat, mempertahankan rakyat dan seluruh negara,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menggesa Menteri Besar Johor tampil memberi penjelasan kepada umum mengenai pendedahan Presiden Peka tentang isu pembalakan di Johor dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kemusnahan alam sekitar di negeri itu jika ia benar.


Presiden Peka ditahan polis baru-baru ini kerana mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam Facebook Selasa lalu, namun dibebaskan daripada reman dengan jaminan polis pada 24 Disember 2016.

Berikut kenyataan penuh beliau berhubung perkara tersebut: MYNEWSHUB.CC

RAJA BERPELEMBAGAAN MENAUNGI SELURUH RAKYAT
1. Kedudukan Raja-Raja Melayu adalah perkara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Mempertahankan Perlembagaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab Raja-Raja dan seluruh rakyat negara ini. 
2. Saya seperti rakyat Malaysia yang lain akan terus mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu melalui konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang serta akan memastikan ia terus terpelihara dengan kukuh dalam perlaksanaanya. 
3. Perjuangan mana-mana pihak demi keadilan untuk rakyat dalam apa jua isu sama ada isu tanah, alam sekitar dan sebagainya juga adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Oleh kerana negara memproklamasikan “no one is above the law” maka saya juga akan berjuang mempertahankan prinsip ini. 
4. Isu penahanan Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, Presiden Pelindung Khazanah Alam Sekitar Malaysia (Peka) yang dikatakan menghina Sultan Johor melalui catatan Facebook yang mendedahkan aktiviti pembalakan di tanah yang dipercayai milik Sultan harus diselesaikan melalui semangat perlembagaan dan undang-undang bukannya diambil kesempatan dari sudut yang sengaja dipersempitkan oleh pihak-pihak tertentu. 
5. YAB Dato’ Khalid Nordin, Menteri Besar Johor mesti tampil segera memberikan penjelasan kepada umum apa yang didedahkan oleh Presiden Peka dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kemusnahan alam sekitar sekiranya benar apa yang didedahkan. 
6. Raja Berperlembagaan tidak akan melanggari keluluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang menjamin kesaksamaan setiap rakyat di negara ini. Raja Perperlembagaan akan menaungi seluruh rakyat, mempertahankan rakyat dan seluruh negara. 
Amanah Demi Negara
SALAHUDDIN AYUB
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara
26 Disember, 2016

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori