Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

UMNO-PAS Bersatu Dikatakan Rasis.....

KUALA LUMPUR – Kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan...

Pemimpin Kerajaan, Pembangkang Kumpul...

PETALING JAYA - Pemimpin Barisan Nasional (BN) mula tiba di Hotel Sheraton ketika...

FOTO: Hotel Mewah Dekat...

SEBUAH hotel mewah berdekatan menara tertinggi dunia, Burj Khalifa, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu...

Video: Menjijikkan.. Bila Pantai...

Kita selalu bayangkan pemandangan pantai yang indah ditambah pula bunyi desiran ombak yang...

Paraglider Dikhuatiri Lemas Di Pantai Pulau Kerengga

KUALA TERENGGANU – Seorang paraglider dikhuatiri lemas di pantai berhampiran Taman Buaya, Pulau Kerengga, Marang, petang semalam.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata seorang nelayan ternampak paraglider berkenaan terjunam ke dalam laut kira-kira dua kilometer dari pantai tersebut.

“Nelayan terbabit kemudian membuat laporan mengenai kejadian tersebut kepada pasukan keselamatan dan bertindak atas laporan itu, pihak bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) segera ke lokasi kejadian pada 6.43 petang.

“Seramai 39 anggota dan pegawai bersama sebuah unit bot penyelamat bomba dan sebuah unit bot penyelamat APM digunakan dalam operasi mencari mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Setakat ini, beliau berkata identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.


“Operasi mencari dan menyelamat juga terpaksa dihentikan buat sementara dan disambung esok berikutan ombak besar yang berbahaya kepada pasukan penyelamat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori