Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jarak 30 Meter Pisah...

PEKAN - "Syukurlah pesawat itu tidak jatuh atas saya, kalau tidak mungkin saya...

Karnival TTB Ditangguh, Hormati...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu menangguhkan Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) peringkat Kuala...

Ketua Peperiksaan Letak Jawatan...

Seoul - Menteri Pelajaran Korea Selatan semalam memohon maaf sementara Ketua Lembaga Peperiksaan...

Tengku Amir Shah Berkenan...

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah...

PAS Sedia Kerjasama Dengan BN Dalam Isu Perpaduan Negara

KUALA LUMPUR – PAS sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu melibatkan perpaduan negara dan umat Islam, kata setiausahanya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata ini selaras dengan pendekatan baharu budaya politik matang dan sejahtera dalam membantu menangani isu-isu besar seperti Rohingya, kumpulan etnik Islam yang dilaporkan dindas kerajaan Myanmar.

“Kita ada hubungan saling membantu dan kerjasama dengan BN dalam bentuk isu Rohingya untuk ditangani bersama,” katanya ketika ditemui pemberita di sesi dialog rakyat bertajuk ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ di sini hari ini.

Program tersebut diadakan sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa yang disambut di seluruh negara.


Bagaimanapun, menjawab soalan pemberita, Takiyuddin menegaskan PAS tidak pernah bekerjasama dengan UMNO atas dasar politik.

“Kita tidak pernah mengisytiharkan atau memutuskan hendak bekerjasama dengan UMNO (atas dasar politik) tetapi dalam aspek lain diteruskan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori