Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Pegawai SPRM Didakwa...

JOHOR BAHRU: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan memperdaya dan meminta suapan berjumlah RM40,000 ringgit ke atas seorang individu pada 14 Oktober lalu.

“Allah Beri Hidayah Kepada...

KETIKA menjalani penggambaran di luar negara, pelakon Fathia Latiff memberitahu bahawa dia sudah...

Fanatik Naruto Sampai Bawa...

BARU-baru ini tular nama seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Putra Naruto...

Masyarakat Siam Digesa Tak...

PENDANG - Masyarakat Siam di Kedah diingatkan agar terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu telah...

Pasar Tani Kekal Di Jempol Beroperasi Februari 2017

SEREMBAN – Sebuah pasar tani kekal serba moden yang siap dibina di Bandar Seri Jempol, Jempol akan mula beroperasi Februari 2017.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan, Muslim Manja berkata pasar tani kekal itu yang menelan belanja RM1.5 juta adalah yang pertama seumpamanya di negeri ini.

“Ia menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tempat letak kenderaan, surau serta tandas, selain 80 ruang niaga yang membolehkan usahawan FAMA berniaga dengan lebih selesa.

“Orang ramai pula boleh mendapatkan barangan keperluan harian seperti ikan dan sayur-sayuran segar secara terus daripada usahawan sepanjang masa tanpa menunggu pasar tani yang beroperasi sekali atau dua kali seminggu seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Fiesta Bunga dan Orkid di Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar), KM12, Jalan Seremban-Kuala Pilah, Paroi dekat sini hari ini.

Muslim berkata pelbagai program seperti jualan harian, jualan khas, jualan langsung dan jualan promosi sama ada dianjurkan oleh FAMA atau secara usahasama dengan pihak lain sedang dirancang bagi menarik orang ramai berkunjung ke Pakar, Paroi pada tahun depan.

“Ia juga boleh dijadikan pusat komuniti bagi kegunaan awam seperti majlis kahwin, majlis hari jadi, majlis keraian, venue pertemuan pertubuhan dan perkumpulan dan sebagainya.


“Program seumpama ini sangat bermanfaat bagi menggerakkan aktiviti ekonomi bidang pertanian domestik yang juga diharapkan dapat membantu usahawan untuk mempromosi serta memasarkan produk mereka,” katanya.

Mengenai Fiesta Bunga dan Orkid yang diadakan sejak Khamis lalu hingga esok, beliau berkata ia menawarkan 650 pokok orkid, pelbagai jenis pokok bunga, tanaman hiasan, anak pokok buah-buahan, herba, pelbagai tanaman makanan, baja dan penggalak tanaman serta benih.

Fiesta itu diadakan di bawah program galakan pasaran dan sokongan pemasaran dengan menerapkan aspek aktiviti kempen, galakan dan promosi yang memfokuskan kepada sektor florikultur, katanya.

“Fiesta ini bakal dijadikan acara tahunan bagi menarik orang ramai bertandang ke Pakar, Paroi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori