Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Buaya Nganga Mulut Ketuk...

JAKARTA - Bayangkan kejadian pelik ini. Buaya naik sampai ke depan rumah penduduk...

Pesawat Ringan Terhempas Tiada...

MELAKA - Pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di...

58 Mangsa Dipindahkan Ke...

ALOR SETAR - Seramai 58 mangsa dari 19 keluarga di Kampung Lapangan Terbang...

Banjir: Bayaran Bantuan Wang...

PASIR MAS: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bayaran Bantuan Wang...

Pecah Masuk Klinik Dipenjara Sehari & Denda RM5,000

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja pendawai elektrik dipenjara sehari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memecah masuk dan mencuri di sebuah klinik.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhi hukuman itu terhadap M. Deval, 30, kerana memecah masuk Klinik Tan, di No.69, Jalan Ipoh, di sini, pada 10.15 pagi, 14 Disember lepas dan mencuri sebuah komputer riba serta wang tunai RM200.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 16 Dis lepas dan menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda dan jika kesalahan mencuri, tempoh penjara boleh dilanjut sehingga 14 tahun.


Lelaki itu yang diwakili peguam K. Komagen memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan dengan alasan dia penanggung utama keluarga dan mempunyai seorang anak berusia lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori