Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Parlimen Tergantung: Apa Kesannya...

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang baru berakhir ini telah membawa ketidaktentuan kepada...

Divisyen Pertama Infantri Siap...

KUCHING - Divisyen Pertama Infantri Malaysia telah bersiap sedia untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan...

Britain Mahu Bawa Pelabur...

KUALA LUMPUR - Britain menyatakan kesediaan membawa lebih ramai pelabur ke Selangor dalam...

Mayat Kesembilan Ditemukan Berhampiran...

GEORGE TOWN - Mayat kesembilan mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus,...

Pegawai Kanan Polis Didakwa Ubah Wang Haram

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai kanan polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram berjumlah RM2.07 juta, dari September 2014 hingga Disember tahun lalu.

Tertuduh DSP Mohd Ismail Syed Merah, 53, yang bertugas di Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nazir.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 September 2014 hingga 28 Disember 2015 di tiga lokasi berlainan iaitu di bangunan MAA Takaful, Jalan Tun Razak di sini serta dua bank, masing-masing RHB dan CIMB di Jalan Rahmat dekat Batu Pahat.

Bagi lima pertuduhan, Mohd Ismail didakwa menggunakan wang hasil aktiviti haram masing-masing sebanyak RM10,143.37; RM40,000; RM6,283.09; RM993,716.91 dan RM500,000 untuk membeli dan menambah pelaburan dalam Pelan Perlindungan Insurans Takaful Life dan Pelan TakafulLink yang didaftarkan di atas namanya serta anak kandung, Nur Aqillah Mohd Ismail.

Dua pertuduhan pula berkaitan melakukan pengubahan wang haram RM499,620 dan RM29,950 menggunakan akaun pihak ketiga milik Tan Kim Tee, 58, di dua bank tersebut.

Mohd Ismail didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama iaitu penjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda maksimum lima kali ganda daripada jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan tersebut dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nazir membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dan menetapkan 23 Januari sebutan semula kes serta namanya turut disenaraihitamkan daripada keluar negara oleh Jabatan Imigresen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori