Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

7 Jenazah Warga M’sia,...

SEPANG – Hujan tidak menghalang berlangsungnya istiadat penghormatan bagi sembilan jenazah mangsa tragedi...

Wan Azizah Ganti Anwar...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan dipengerusikan oleh Presiden...

Polis Sabah Pergiat Usaha...

KOTA KINABALU - Polis Sabah masih giat mengesan seorang lelaki warganegara Itali yang...

16 Juta Anak Penyu...

SANDAKAN - Sebanyak 16,932,702 anak penyu dilepaskan ke laut menerusi program konservasi yang...

Pelajar Hilang Semasa Perkhemahan Di Sungai Chiling

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tingkatan dua yang menyertai perkhemahan di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, dilaporkan hilang awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kehilangan Anis Fatihah Hishamuddin, 14, pada pukul 3.20 pagi.

“Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu kini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Sani berkata gerakan SAR dilakukan di kawasan sekitar tapak perkhemahan itu namun Anis Fatihah masih belum dijumpai dan sehingga kini pencarian diperluaskan dengan bantuan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

Beliau berkata operasi SAR dilakukan di laluan darat dan sungai turut dibantu unit penyelam dari lubuk air terjun Sungai Chiling.


“Ini kerana kami ada menemui sepasang telekung dan kasut sebelah kiri dipercayai milik pelajar itu di kawasan berkenaan…keluarganya mengesahkan barangan itu merupakan milik Anis,” katanya.

Difahamkan, seramai 47 pelajar menyertai perkhemahan itu anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori