Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Senarai Sektor Tambahan Dibenar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini mengumumkan senarai...

Juanda: Politik Baharu Tidak...

KUCHING - "Politik baharu tidak semestinya diteraju lapisan muda, yang penting amanah dan...

PAS Pulai Mahu Jawatan...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Agong Ke-25 PAS Pulai, Johor semalam mencapai keputusan sebulat...

Tiada Kerjasama Antara UMNO...

KUALA LUMPUR - Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pelakon Terselamat Hukuman Gantung Sampai Mati

PELAKON Aidil Aziz bersama dua rakan termasuk seorang warga Filipina mampu menarik nafas lega apabila terlepas dari tali gantung selepas pihak mahkamah menukar pertuduhan dari mengedar kepada memiliki dadah.

Aidil Aziz atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz; 29, bersama dua rakannya, Omar Syeed Ghulam Mohammad, 36, dan jurutera teknologi maklumat, R Guevara Cortez, 33, warga Filipina, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis kanabis (ganja) seberat 18.39 gram lapor BH Online.

Pelakon Terselamat Hukuman Gantung Sampai Mati

Pihak mahkamah membenarkan Aidil yang diwakili oleh peguam bela Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin diikat jamin RM4,000 serta di bawah pemerhatian selama dua tahun.

Manakala menerusi portal hiburan Media Hiburan, pengurus kepada Aidil iaitu Kam (yang juga sepupu Aidil) memberitahu ketika keputusan dibacakan suasana gembira bercampur sayu dalam kalangan ahli keluarga Aidil mendengar berita gembira itu.


“Buat masa ini, kami mahu Aidil berehat dengan keluarganya dahulu dan tenangkan fikiran,” katanya.

Kami di Mynewshub percaya, perkhabaran gembira ini disenangi oleh rakan-rakan artis dan juga peminat-peminat Aidil yang sentiasa menyokongnya dari belakang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori