Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Nahas Lion Air: Tiada...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian pesawat...

23 PATI Dicekup Cuba...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 23 pendatang asing...

Kerajaan Boleh Ambil Alih...

PETALING JAYA - Terma lebih baik perlu dirunding dalam proses mengambil alih empat...

Vinales Cemerlang Pada Ujian...

SEPANG - Pelumba Movistar Yamaha, Maverick Vinales dan Valentino Rossi terus menampilkan kemajuan...

Pelakon Watak Buntat Hidap Penyakit Disleksia – Ibu

SEJAK semalam, pelakon kanak-kanak lelaki yang membawakan watak Buntat menerusi drama 7 Hari Mecintaimu iaitu Muhammad Ariff Abdullah; 12, tiba-tiba hangat diperkatakan rakyat Malaysia di media sosial.

Fenonema populariti yang dikecapinya ini tercetus selepas ramai penonton mengakui terkesan dengan lakonannya yang cukup menyentuh hati semasa menjiwai babak kematian.

Dalam pada popularitinya itu, ibu ‘Buntat’ tampil membuat pendedahan yang anak sulungnya itu sebenarnya menghidap penyakit disleksia.
15492228_1339420476129935_3543895185195687129_n

fb_img_1481557537143-jpg_1481560680

Menurut Rosdiana Mastura Abdullah; 29,  kerana penyakit itu, Muhammad Ariff menghadapi masalah untuk membaca dan menulis.  Walau bagaimanapun, anaknya mempunyai daya pemikiran yang normal.

Pada masa yang sama, Rosdiana memberitahu, dia tidak berkecil hati apabila ada pihak yang mengejek fizikal anaknya.

“Fizikal anak saya memang seperti dalam gambar dan TV. Dia mengalami disleksia sejak berusia enam tahun lagi. Disebabkan itu dia lebih gemar melakukan apa yang dia suka saja.

“Apabila mula bersekolah, dia ditempatkan di kelas pemulihan Bahasa Malaysia. Kekurangannya di situ sahaja, selebihnya dia seperi budak normal lain.

“Apabila ada segelintir pengguna laman sosial mengejeknya, saya tak terasa pun. Malah saya tak nak ambil kisah. Saya beranggapan mereka tak tahu keadaan sebenar anak saya


“Saya tahu kelemahan anak saya, jadi apa saja persepsi yang dilemparkan kepadanya saya anggap ia lumrah dan perkara biasa dalam bidang ini.

“Saya juga percaya tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Sebagai ibu saya mengajar anak untuk menerima setiap kritikan,” katanya kepada Harian Metro.

15193657_203735803412616_7868488780333660880_n

Difahamkan, adik Muhammad Ariff sekeluarga tinggal di Jitra, Kedah dan bapanya memiliki gerai roti canai.

Drama 7 Hari Mencintaimu merupakan lakonan pertama adik Muhammad Ariff gandingan bersama pelakon Siti Saleha dan Shukri Yahaya.

Penerbit drama itu, Datuk Ziella Jalil sebelum ini turut meluahkan hasrat untuk tidak keberatan menawarkan drama lain kepada adik Muhammad Ariff selepas ini. – MYNEWSHUB.CC 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori