Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Emir Qatar Adakan Pertemuan...

PUTRAJAYA - Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Perdana Menteri, Datuk...

Hormati Prinsip Tiada Campur...

MANILA - Presiden Filipina Rodrigo Roa Duterte hari ini menegaskan tentang perlunya...

Ustazah Ekspres… Kenyataan Mashitah...

Petikan: Kuala Lumpur Post dan Sinar Harian OnlineDatuk Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan hari...

Anggota Polis, Tunang Sesat...

GEORGETOWN - Seorang anggota polis bersama tunangnya tersesat ketika mendaki di Bukit Jambul...

Pemancing Dikhuatiri Lemas Selepas Bot Karam

BALIK PULAU – Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama rakannya karam di tengah laut kira-kira 3 batu nautika dari persisiran Pantai Malindo, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Media Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Azman Hussin berkata bomba menerima panggilan pada 11.13 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba Penyelamat Balik Pulau tiba di lokasi 11 minit kemudian.

Beliau berkata sebaik sampai di jeti Pantai Malindo, polis telah berada di lokasi kejadian dan berdasarkan maklumat awal, terdapat dua orang mangsa di dalam bot yang karam itu.

“Seorang mangsa telah ditemui dan berjaya diselamatkan oleh nelayan dan dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan. Identiti mangsa masih belum diketahui,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat kini masih dijalankan dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam perkembangan lain, Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIPP) menahan 11 warga asing, termasuk dua lelaki, dalam Op Ikrar di Seberang Jaya dan Nibong Tebal pada Jumaat.


Timbalan Penolong Pengarah JIPP Fairuz Ismail berkata dalam operasi yang bermula 5 petang itu, pihaknya memeriksa Kompleks Penjaja Lengkok Tenggiri, Seberang Jaya dan menahan lapan orang, dua daripadanya lelaki.

Beliau berkata pihaknya turut mengarahkan empat majikan kepada pekerja asing itu supaya hadir di pejabat JIPP di Seberang Jaya untuk siasatan lanjut.

Sementara itu tiga wanita Vietnam ditahan di sebuah rumah di Taman Sintar Indah, Nibong Tebal kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri, tiada permit kerja, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas lawatan sosial.

Katanya semua warga asing yang ditahan itu dibawa ke pejabat JIPP untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru bagi siasatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori