Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 60,000 Anggota PKR...

IPOH ā€“ Seramai 60,878 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak hari ini...

Ibu Zayn Rayyan Dilihat...

PETALING JAYA : Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman sejak 1...

7 Warga Asing Ditahan...

PUTRAJAYA - Tujuh warga asing - lima dari selatan Filipina dan dua Indonesia...

Isu Gambar Separuh Bogel:...

SETELAHƃā€šĆ‚Ā seminggu berlalu, aktres popular Tasha Shila akhirnya mengakui telah membuatƃā€šĆ‚Ā laporan polis berkaitanƃā€šĆ‚Ā kontroversi gambar...

Pemandu Lori Didakwa Cederakan Jiran Dengan Parang

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan jirannya dengan parang sehingga cedera di paha dan kaki kiri mangsa.

M. Rajkumar, 37, didakwa dengan niat mendatangkan cedera parah ke atas S. Mathan, 25, menggunakan sebilah parang di Blok 9, Tingkat 14, Desa Mentari, Jalan PJS 28/1, di sini pada 1 pagi, 9 Dis lalu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan sebarang jaminan mengambil kira kesalahan itu adalah serius dan tertuduh dikhuatiri akan mengganggu mangsa kerana mereka tinggal di blok yang sama.

Peguam Mohd Yusri Mohd Yusoff yang mewakili Rajkumar memohon mahkamah membenarkan jaminan ke atas anak guamnya atas alasan dia merupakan penanggung utama keluarga dan menanggung tiga anak yang masih kecil serta isteri.


Hakim Azwarnida Affandi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu melapor diri ke balai polis berdekatan pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.

“Tertuduh dan wakil keluarganya juga tidak dibenarkan menghubungi mangsa dengan apa-apa cara sekalipun atau jaminan terhadapnya boleh dibatalkan,” kata Hakim itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori