Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pelajar Maut Terkena Renjatan...

SEREMBAN - Seorang pelajar wanita universiti dari Korea maut disyaki terkena renjatan elektrik...

“Saya Langgar Sebab Hendak...

GEORGE TOWN - Keluarga wanita warga emas yang maut dilanggar lari seorang penunggang...

Nad Zainal Selamat Lahirkan...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Nad Zainal yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya,...

KKM Tukar Jadual Imunisasi...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menukar jadual imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan...

Pemandu Lori Disaman Sebab Pakai Seluar Koyak?

SEKEPING gambar menunjukkan surat saman yang dikenakan terhadap seorang pemandu lori kini menjadi viral di laman sosial.

Pada surat saman berkenaan, pemandu tersebut mendakwa dia disaman oleh pihak berkuasa kononnya kerana memakai seluar koyak di bahagian lututnya ketika memandu di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, Khamis lalu kira-kira pukul 11.15 pagi.

saman1-1

15326387_1285857498127369_2247907441217018916_n

saman2

Tanpa sebarang maklumat daripada pemandu berkenaan, gambar tersebut terus giat diperkongsikan netizen sehinggalah mengundang rasa tidak puas hati dikalangan pengguna media sosial yang terus menunding jari kepada pihak polis.

Aiyo, pakai seluar koyak pun saman ker, polis kita semakin hebat”, kata Mohd Akmal yang turut berkongsikan gambar tersebut.

Aik? Malaysia nak ikut mcm Aceh?,” tanya seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Ansari.


Netizen pada mulanya mempersoalkan bagaimana prosedur operasi pihak berkuasa sehinggakan pemakaian seluar jeans yang koyak dianggap telah ‘melanggar peraturan’.

Namun, apa sebenarnya yang berlaku adalah dia disaman bukan disebabkan pemakaiannya tapi disebabkan memakai selipar ketika memandu.

surat surat2

Pemandu kenderaan berat seperti lori, treler dan bas telah diwajibkan memakai kasut semasa memandu dan boleh dikompaun sehingga RM150 terhadap pemandu yang gagal berbuat demikian.

Salinan surat saman itu turut menyatakan pemandu lori berkenaan perlu hadir di Mahkamah Majistret di Jalan Duta pada 21 Januari tahun depan bagi perbicaraan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori