Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

2 Sungai Lepasi Paras...

KUALA TERENGGANU : Dua sungai direkodkan melepasi paras amaran manakala tiga lagi mencatatkan...

Siasatan Lagu Anti-GST: Keterangan...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang hari ini mengambil keterangan Ketua Menteri Lim...

Isteri Musa Hassan Nafi...

SHAH ALAM : Isteri bekas Ketua Polis Negara, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul...

PPBM Mesti Dokong Dasar...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik penyertaan Parti Pribumi Bersatu...

Pemandu Maut Dalam Kemalangan 3 Buah Lori

BESUT – Seorang pemandu terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di kilometer 85, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru dekat Kampung Alor Serdang di sini semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Hawari Mat Husin, 41, berasal dari Kampung Gaal Tengah, Pasir Putih, Kelantan, yang ketika kejadian dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bahru.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kemalangan kira-kira 3.40 petang itu dipercayai berlaku setelah sebuah lori jenis Isuzu Rigid yang membawa barangan sejuk beku dari arah Kota Bahru, terbabas ke lorong kanan jalan di tempat kejadian.

“Lori berkenaan kemudiannya melanggar sebuah lori lain yang diletak di bahu jalan sebelah kanan sebelum melanggar lori yang dipandu mangsa dari arah bertentangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akibat perlanggaran itu, mangsa yang membawa lori tiga tan jenama HICOM meninggal dunia di tempat kejadian.


Kesesakan lalu lintas turut berlaku akibat kemalangan itu ekoran muatan sejuk beku di dalam lori jenis Isuzu Rigid bertaburan di atas jalan raya.

Mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori