Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tak Pasal-Pasal Berbuka Sekali...

MENJADI kebiasaan buat umat Islam di Dubai, berbuka puasa beramai-ramai di kawasan lapang...

Tempuh Perjalanan 700 Km...

KUANTAN - Pemilik bengkel motosikal dari Kodiang, Kedah sanggup menempuh perjalanan sejauh 700...

Abang Tidak Malu Bunuh...

SEORANG lelaki yang membunuh adiknya yang merupakan bintang media sosial Pakistan, mengaku tidak malu...

Prasarana Menang Kontrak RM9...

KUALA LUMPUR - Syarikat pemilik dan pengendali sistem dan perkhidmatan pengangkutan awam tempatan,...

Pemuda Rambut ‘Sotong’ Jadi Bahan Lawak Netizen

SEORANG pemuda dari timur laut China berkongsi video fesyen rambutnya ketika musim sejuk di laman sosial.

Malangnya video berdurasi 15 saat itu dijadikan bahan lawak oleh pengguna laman sesawang yang merasakan gaya rambutnya itu pelik dan kelakar.

Menerusi video yang tersebar, individu lelaki itu dilihat berjalan-jalan di kawasan perumahan yang diliputi salji sambil berkata “Cuaca di timur laut China adalah benar-benar sejuk, mari saya tunjukkan kepada anda gaya rambut saya,” katanya.

Malah lelaki itu menyifatkan rambutnya paling cool berbanding gaya rambut fringe yang biasa digayakan oleh kaum wanita Asia.

Pemuda Rambut Beku Jadi Bahan Lawak NetizenPemuda Rambut Beku Jadi Bahan Lawak Netizen

Klip video yang dimuat naik itu telah ditonton lebih dua juta netizen sejak dikongsi pada 7 Disember lalu malah ia turut menjadi topik hangat dalam laman mikro Weibo.


“Hey saudara, apakah rasa pop ais (ice pop) anda?” kata seorang netizen.

Manakala seorang lagi netizen menyifatkan gaya rambut lelaki itu seperti seekor sotong yang diletakkan di atas kepala.

Namun seorang netizen lain mendakwa gaya rambut itu tidaklah pelik bagi penduduk timur laut China yang terkenal dengan cuaca sejuk yang melampau hingga mencecah negatif 50 darjah selsius. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori