Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Litrak, Sprint Holdings Setuju...

KUALA LUMPUR – Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn. Bhd. (Sprint Holdings)...

Keputusan PRN Melaka Akan...

Apakah PAS akan meninggalkan Bersatu andai keputusan PRN Melaka tidak menyebelahi mereka?

Berhati-Hati Sebarkan Sebarang Berita...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat negara...

Seramai 43,019 Pelajar Sekolah...

Saringan yang dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral...

Pemutihan Kawasan Aktiviti Dadah Perlu Komitmen Semua

TAWAU – Pemutihan kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah memerlukan komitmen semua pihak khususnya komuniti di peringkat akar umbi.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat berkata terdapat 178 kawasan berisiko tinggi dengan gejala dadah di seluruh negara termasuk tujuh lokasi di negeri ini.

Katanya, antara kawasan yang dikenal pasti ialah Merotai, Tawau; Sandakan; Menggatal, Penampang dan Karamunsing di Kota Kinabalu; Keningau serta Beaufort.

“Kawasan-kawasan ini menjadi ‘hotspot’ di negeri ini kepada aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang juga menyumbang kepada isu keselamatan dan masalah penyakit sosial yang lain,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata demikian pada Program Kupi-Kupi di Dewan Mini Kg. Kuala Merotai dekat sini, hari ini.

Hamisa berharap semua pihak tidak melindungi pengedar dan penjual dadah sebaliknya tampil menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa.

Katanya, faktor permintaan dan bekalan dadah yang sukar ditangani secara total menjadi cabaran utama dan sukar untuk dibendung tanpa kaedah atau strategi yang komprehensif dan menyeluruh.


“Situasi semakin mencabar dan membimbangkan apabila permasalahan dadah kini dilihat boleh menjadi tahap epidemik yang mampu meruntuhkan sesebuah negara,” katanya.

Selain itu menurutnya, faktor kurang kesedaran dan sikap sambil lewa serta menganggap permasalahan dadah bukan masalah sejagat ditambah sikap tidak ambil peduli terhadap pengedar dan penagih dadah menyebabkan isu ini sukar dibanteras.

“Sikap dan pemikiran masyarakat yang tidak tepat ini perlu diberi anjakan paradigma dalam menilai dan bertingkah laku terhadap isu penyalahgunaan dan penagihan dadah agar masalah dadah dapat diperangi,” tambahnya.

Hamisa berkata, Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan perlu digerakkan dengan pelbagai pengisian dan melibatkan keseluruhan lapisan masyarakat agar impaknya lebih berkesan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori