Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lucu! Pam Minyak Tersekat...

SEJAK pagi ini, gambar sebuah kereta Perodua Kancil yang dilihat 'tersekat' dengan pemegang...

AGC Bantah Permohonan Muda...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara hari ini membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman...

Vaksin Tempatan Bakal Dilengkapi...

KUALA LUMPUR: Pembangunan vaksin COVID-19 tempatan akan dilengkapi pensijilan halal sebagai nilai tambah,...

Individu Dinamik Perlu Terajui...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mestilah diterajui oleh individu dinamik...

Pendidikan Teknikal, Latihan Kemahiran Harus Ditingkatkan

KUALA LUMPUR – Usaha bersepadu dan menyeluruh perlu untuk mengarusperdanakan sektor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sekali gus menangkis persepsi negatif bidang berkenaan, kata seorang perwakilan dari Johor.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam Abd Taib Abu Bakar berkata masyarakat perlu menyedari pendidikan TVET bukan pendidikan kelas kedua, sebaliknya ia laluan untuk generasi muda berdaya saing dan berkemajuan.

Abd Taib yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Machap berkata negara memerlukan satu sistem pendidikan yang menggalakan pemikiran baharu dan tidak mengetepikan penerokaan bakat dan potensi anak bangsa.

“Kerajaan harus menangani ‘skills mismatch’ (salah padan kemahiran) iaitu model pendidikan yang menghasilkan graduan yang tidak relevan dengan keperluan ekonomi semasa,” katanya semasa membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 hari ini.

Katanya, UMNO Johor yakin dengan memberikan fokus kepada sektor pendidikan TVET, maka masalah berkenaan dapat dikurangkan.


Abd Taib berkata pendidikan TVET dapat membantu pelajar yang kurang cemerlang namun mempunyai bakat, untuk meneruskan pelajaran dalam bidang kemahiran yang diminati ke peringkat lebih tingi.

“Kecenderungan mereka adalah kemahiran dan bukan menelaah buku akademik…jangan sesekali kita anggap mereka yang tidak mampu dan tidak mahu ke universiti itu tidak mempunyai peluang untuk menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Jelas beliau, ekonomi hari ini menuntut tenaga kerja yang bukan sahaja berilmu dan mahir, malah kreatif, berfikiran kritikal dan inovatif. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori