Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Alahan Mengandung, Amyra Rosli...

MESKIPUN mengalami alahan namun itu tidak menghalang pelakon, Amyra Rosli, 26, yang kini...

Polis Siasat Kes Gaduh...

Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan yang tular di laman sosial Twitter...

Liverpool Sedia Jual Fabinho...

LIVERPOOL sedia melepaskan Fabinho yang baharu sahaja beberapa bulan tiba di Anfield untuk...

Calon PM: Shafie Akan...

PENAMPANG - Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan membuat keputusan...

Penganggur Didakwa Bunuh Kanak-kanak Berusia 2 Tahun

SUNGAI PETANI – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Flat Paya Nahu di sini.

Tertuduh Mohd Affandi Fauzi Ramlee, 34, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Affandi Fauzi dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di flat berkenaan antara 8 pagi 27 Okt hingga 2 pagi 24 Nov lepas.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum gantung sampai mati.


Adibah Husna kemudiannya menetapkan 22 Jan depan untuk sebutan semula kes berkenaan bagi membolehkan mahkamah mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izza Munirah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori